HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, August 28, 2014

SHRMZB

Bismillah.

Ya, I know I know. Hari ni dah masuk tanggal 3 Zulkaedah. Syawal dah berlalu dengan begitu pantas sekali. Tapi, peduli la. Aku masih nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kat korang. Korang? Yang dok baca entry ni la. Masa la tau kot ada terkasar bahasa, terguris hati nurani korang kan. Please don't sentap with me.

1. Tangan dihulur, maaf dipinta.
Walaupun terlepas 30 hari Syawal untuk aku mohon keampunan, sudilah kiranya anda semua memaafkan kekhilafan diriku ini. Aku cuma insan biasa yang kadang-kadang leka, kadang-kadang alpa. Sibuk memikirkan duniawi kadang kala. Nak buat macam mana, diri tak cukup kuat untuk 'balance'kan amalan dunia dan akhirat, tu yang selalu jadi berat sebelah.

2. Perut memboyot.
Ada yang sedia maklum, Syawal adalah waktu di mana aku sarat mengandung. Due sepatutnya 2/8/14. Jadi, sempatlah aku merasa ketupat rendang lemang lontong kuah kacang kuih raya dan segala juadah yang dihidang ketika raya. Seriously, aku memang makan tak hengat. Sebab memikirkan bila berpantang nanti, makan kena sekat. Kih kih kih.

3. Baby oh Baby.
Finally, 4/8/14 lahirlah zuriat pertama yang ditunggu-tunggu. Pasal baby ni, kena buat entry lain. Dah ada dalam Draft cuma nak edit je lagi. Masa oh masa.

4. Admitted.
Untuk jangkamasa seminggu terkurung di hospital. Sangat tak best. Orang sibuk raya, kita tidur kat hospital. Nasib badannnn...

5. Berpantang.
Wah, waktu yang paling tak best. Kau tengok semua orang makan sedap, kau kena hadap peria halia kunyit lada hitam bla bla bla. Tapi takde la tahap menjengkelkan. Yang penting, enjoy the moment. Enjoyyyyy sangattt....

6. Meragam.
Kau rasa bila baby menangis takkan kau nak tengok je, ye dok? Kengkadang aku tension gak. No time for myself even kalau nak berak pun macam dengar bunyi baby meraung kat living hall. Padahal sedap je dia tido. Kih kih kih. Prank lettew. Part ni paling susah nak control. Kadang-kadang sampai lost temper. Tidur tak cukup, badan penat, laki jauh, breastfeed lagi. Harap susu yang aku supply tu cukup sebab takut dia meragam cos tak kenyang.

Eh, macam panjang pulak karangan malam ni. Harap baby tidur lena sebab Ibu nak tidur gak lepas ni. Penat tau menaip panjang-panjang cenggini. Ni semua sebab baby la ni. Kih kih kih.

Eksaited nak share pasal beranak tapi soon la, very soon, katenyeeee...

Sekali lagi, minta maaf korangggg...

Take care.

XOXO,
sheAYANG