HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, June 25, 2014

#79 : Cara Meneran Ketika Bersalin

                                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

To be honest, memang seram bila fikir-fikir balik yang gua cuma ada beberapa minggu lagi sebelum sesi bersalin. Mengandung adalah pengalaman paling manis dalam hidup seorang wanita. I bet semua pun setuju. Lainlah kalau kau mengandung dengan cara yang salah, memang tak indah la. Wallahua'lam.

Jadi, sebelum gua berhadapan dengan situasi berkenaan, ada baiknya gua buat research sikit tentang cara-cara nak mengeluarkan bayi dari rahim.

Sebelum ni, ada juga member yang 'tag' gua kat FB pasal cara meneran ni. Tapi gua belum berani lagi nak baca. 

Jadi, sekarang gua rasa lebih afdal untuk gua tau.Mana la tau tiba-tiba baby nak keluar awal ke. Tak kelam kabut nak meneran time tu. Uhukz.

Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudah pun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Teknik Meneran
1. Angkat kepala, dagu cecah dada
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan lemah
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Tarik nafas sedalam yg boleh & teran macam nak buang air besar tanpa menghembus nafas anda
7. Teran sekuat yang terdaya selama boleh & curi nafas ketika kontraksi berkurangan, sambung teran tiap kontraksi
8. Semasa kontraksi sahaja 'push' sebab masa itu bayi pun akan gerak sama
9. Mengucap, baca Bismilah dan Selawat dan Doa Nabi Yunus. InshAllah, akan permudahkan....


Buat para suami, silalah berada di sisi isteri anda pada saat ini. Kalau doktor tak benarkan masuk tu lain cerita la. Kena la isteri berjuang seorang diri. Kalau ada suami at least boleh bagi semangat.

Kena juga bagi suami baca tips ni. Mana tau nanti kita terlupa, dia boleh tolong ingatkan.

Terketar gua nak taip sebab tengah membayangkan diri sendiri yang tengah berjuang. Huhuhu...

Till then.

XOXO,
sheAYANG

Post a Comment