HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, June 21, 2014

#78 : Pesan Lelaki Itu

Bismillah.

Cerita ni sepupu gua yang kongsikan dekat Whatsapp.

Gua dah google tapi takde la tahap nak buat research dari penulis nota ni.

Jadi, gua rasa benda baik ni kita buat iktibar la kan. Wallahua'lam.

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dalam 70an..
Duduk rumah dekat masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komersial tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..

Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jagalah mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dengan sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, teruslah solat.. Selepas solat, bertebaranlah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dengan khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

4. Namun begitu, kenalah berusaha..
Usaha pagi petang siang & malam..
Usaha lah bersungguh-sungguh..
Usaha bermula dengan berniat..
Lepas itu buat, sampai dapat..
Kalau tak dapat, usaha yang lain pula..
Adakan masa untuk baca Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti membaca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyakkan berjalan kaki..
Banyakkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mestilah dihabiskan..
Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman kepada syaitan..
Sentiasalah belanja org makan & minum..
Apabila makan di kedai yang kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Di situ kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka makan & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan...
Apabila dalam perjalanan, berhenti..
Carilah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara Maghrib & Isyak untuk tuntut ilmu agama..
Boleh dengar orang mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan untuk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa orang..
Walaupun 5 minit mahu berjumpa, pergilah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri..
Tenung mata & baca "ayat ayat pengasih"..
Hehehe...

9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang meluruhkan dosa. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dalam dunia nie yang tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuklah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang..

10. Niatkan mahu kaya..
Niatkan mahu bantu ramai orang..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. 

* Catatan ini tulisan
Dato' Roslan Ab Hamid...

Tak ada apa yang nak gua simpulkan. Padat isinya.

Till then.

XOXO,
sheAYANG