HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, June 20, 2014

#77 : Cara menjaga diri ketika hamil

Bismillah.

Gua terpaksa memperbanyakkan artikel pasal hamil ni sebab taknak bagi diri sendiri lupa. Ilmu kalau jarang dipraktikkan akan terbang entah ke mana. Kalau catit kat mana-mana pun payah nak rujuk balik. Jadi, medium paling senang adalah blog.

Eh, blog gua, gua punya suka la nak cerita apa kan?

Walaupun sekadar artikel kopipes. Huk3.

Gua dah tak ingat mana gua copy artikel ni, tapi yang pasti samada MSN ataupun Yahoo!. Yang pasti, artikel ini gua usaha keras untuk translate dari English ke Bahasa Malaysia. Tanpa bantuan Google Translate pastinya.

Kalau guna GT, alamatnya melingkup kelam-kabut la isi-isi yang berilmiah ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, meh tengok sikit apa yang ibu mengandung patut buat.



1. Bengkak kaki
Orang tua-tua kata ini normal walaupun kadang-kadang gua sendiri ngeri tengok kaki sendiri yang dulunya tulang, kini membengkak menjadi daging. Ada orang cakap sebab badan badan kita retain banyak air, sebab tu jadinya bengkak-bengkak tu. Untuk elakkan rasa sengal-sengal kat kaki tu, buatlah eksesais sikit dengan cara memutarkan pergelangan kaki secara membulat sebanyak lapan kali (lebih pun boleh). Lakukan dua jam sekali atau bila rasa tak selesa. Elakkan juga berdiri terlalu lama dan jangan memakai kasut yang ketat, tertutup dan bertumit tinggi untuk tempoh yang panjang.



2. Eksesais lantai pelvik
Belum pernah lagi gua praktis buat eksesais ini. Dikenali juga dengan nama Kegel Exercise. Senaman ni masa atas katil pun boleh buat. Sebelum dan selepas bangun dari tidur. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan rasa perit sakit sengal-sengal otot, ye dak? Meh tengok sini cara-cara nak buat senaman lantai pelvik.



3. Tabahlah berdepan dengan masalah akne
Ada orang bernasib baik, ada orang nasib kurang baik. Macam gua, nasib agak baik sebab sepanjang gua mengandung, jerawat kurang melekat kat  muka. Kalau waktu normal, sebulan sekali mesti ada punya. Itu gua. Ada juga orang yang masa mengandung, menjadi-jadi jerawat tumbuh dan akne melekat tak mau hilang. Jangan risau kerana ini berpunca dari perubahan hormon. Lepas beranak nanti, inshaAllah lenyaplah. Dalam jangka masa kritikal tu, basuhlah muka macam biasa. Tanya ahli farmasi atau rujuk dengan doktor tentang produk apa yang sesuai untuk digunakan sepanjang waktu hamil.



4. Kulit kering dan gatal-gatal
Bila hamil ni, kita akan lebih peka terhadap banyak benda terutama perubahan pada diri. Bila rasa kulit semakin mengering, minum banyak air kosong adalah sangat perlu. Kalau rasa kulit tu bersisik, sapulah pelembap atau losyen yang boleh buatkan anda rasa selesa. Bagi untuk masalah ekzema atau gatal-gatal, rujuk pada doktor untuk guna ubat apa. Sebab kalau pandai-pandai ambil ubat sendiri, akan ada efek tak bagus pada kandungan.



5. Kenaikan berat badan
Alhamdulillah, belum ada nurse yang tegur pasal berat gua sepanjang check-up. Maknanya, normal la tu. Bab pemakanan ni, lain orang lain ragam dan cara. Bagi aku, biar makan sikit, tapi galak kali. Makan jangan sampai terlampau kenyang kononnya 'eating for two'! Semua tu haprak. Boleh buat perut rasa tak selesa lepas tu, confirmed! Makan makanan yang berkhasiat. Kalau nak kunyah-kunyah, minta suami belikan kekacang, kurma ke kismis ke. Anda sihat, kandungan pun sihat, inshaAllah.



6. Postur yang baik
Gua ada masalah nak jaga postur. Bila duduk terlampau lama, tulang pinggul ni rasa ngilu je. Bila berdiri lama plak, pasti tulang belakang rasa perit. Serba serbi tak kena! Jadi, yang ni, pandai-pandai la settle sendiri. Ada dua pilihan, nak anak keluar jalan bongkok ke jalan catwalk ala model. Ahakz.



7. Rileks
Sejujurnya, stress akan menjejaskan sistem imun badan dan menjadikan kita tak sihat. Elakkan stress sepanjang tempoh hamil. Kalau anda bekerja dan ada orang yang membuatkan anda stress, jauhi orang berkenaan. Kalau Facebook ke Twitter ke yang buat anda stress, deactivate dulu. Buat perkara yang anda suka setiap hari. Orang keliling akan faham tentang isu 'pembawakan' ni. Jangan risau.

Sit back, relax and enjoy your pregnancy while it lasts. :)

XOXO,
sheAYANG

Post a Comment