HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, June 20, 2014

#76 : Tabiat selepas makan yang patut dielakkan

Bismillah.

Selepas terjebak dalam blog masak-masak, terjumpa plak dengan segala tips dan petua bagai. Jadi, haruslah baca dan praktikkan.

Yang ni gua nak share pasal perkara yang JANGAN kita buat selepas makan walaupun sebenarnya benda tu dah jadi tabiat dalam kehidupan harian kita. Ahakz.


Di samping itu, bolehlah kita ketawa secara berjemaah bila benda tu memang kena kat batang hidung sendiri.


 1. Jangan makan buah-buahan.
Kalau baca buku cara pemakanan Nabi pun ada highlight benda ni. Cuma kita ni jarang nak ikut. Nak juga ikut kata nutritionist dan dietitian Barat kannn. Makan buah lepas ambil makanan berat hanya akan menyebabkan kembung perut. Seeloknya ambil buah-buahan sejam sebelum makan atau kalau dah terbiasa dengan cara Barat, ambil satu atau dua jam selepas makan. :)


2. Jangan minum teh
Dalam daun teh itu sebenarnya ada kandungan asid yang tinggi. Jadi, ia akan menyebabkan kandungan protein makanan yang telah diambil sukar untuk dihadam. Elakkan terutama teh ais. Bunyi sedap, tapi memudaratkan.


3. Jangan minum ais
Yang ni dah selalu dengar tapi apa faktanya, tak ramai yang ambil tau. Minum minuman berais sebelum, semasa atau selepas makan hanya akan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Lemak-lemak akan berkumpul di dalam usus dan menyempitkan banyak saluran sehingga akan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung. 


4. Jangan merokok
Ini gua rasa dah jadi tabiat kepada semua perokok. Lepas makan, mesti nak rasa sepam dua asap kepul-kepul kan? Hisap sebatang rokok selepas makan kesannya ibarat menghisap 10 batang rokok. Risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Jadi, berhentilah merokok!


5. Jangan banyak berjalan
Terlalu banyak berjalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang baru diambil. Jadi, chill je la lepas makan!


6. Jangan melonggarkan tali pinggang
Bunyi macam kelakar, kan? Sebab apa tak boleh buat? Sebab, bila tali pinggang dilonggarkan selepas makan secara tiba-tiba, boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat. Dengan itu, ada baiknya longgarkan tali pinggang sebelum makan. Perut pun akan rasa selesa dan tak terseksa.


7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah ke sekitar perut akan berkurangan. Selain melemahkan sistem pencernaan, inilah dia sebabnya perut menjadi buncit! :p


8. Jangan terus tidur
Perkara ini gua selalu kena ingatkan pada diri sendiri. Baring atau tidur akan beri kesan yang sama. Selain menyebabkan kenaikan berat badan, ia juga boleh mengundang gastrik kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Haaa... Dah cukup 8 JANGAN ni kalau buat juga, tak tau la nak cakap apa. Memang degil betul, kan?

#selfreminder
#tipskesihatan

Sumber : TryMasak
Sumber gambar : Google

XOXO,
sheAYANG