HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, May 29, 2014

#70 : Kaedah sedekah

Sedekah jariah membawa ke Syurga


Bismillah.

Ada di antara kita yang suka bersedekah. Tidak dinafikan rakyat Malaysia ni memang pemurah walaupun runsing dengan harga barang keperluan yang naik.

Tapi selaunya kita sedekahkan duit saja. Bila jumpa pengemis, orang buta, anak yatim, kita hulur seringgit dua.

Jarang plak kita mempelbagaikan sedekah kita tu kan.

Jadi, saya nak kongsi. Walaupun ada antara kita yang dah baca, dah amalkan ke belum? Hehehehe...

Kaedah sedekah :

1. Belilah beberapa buah kerusi/bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang-orang yang ingin memakainya di saat bersolat. Amalan ini biasa digunapakai di masjid-masjid sekitar Mekah dan Madinah.

2. Letakkanlah di jendela bilikmu segelas air atau makanan untuk burung-burung kecil yang datang hinggap ke sana. Berbakti pada makhluk Allah selain manusia pun adalah sedekah.

3. Sisihkanlah dari hasil upah jerih payahmu sedikit untuk menjamu makan kepada anak yatim.

4. Belilah sekantung plastik sarung tangan dan kaki agar boleh diberikan kepada para pekerja khususnya di kilang-kilang.

5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkanlah wang tersebut ke masjid, surau atau rumah anak yatim. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 buah karton air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dsb).

7. Jika kamu mengisi petrol, kemudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang berbaki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat kejahatan kepadamu dari menggibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

10. Kirimkan brodcast ini ke semua sahabatmu. Siapa tahu ada yang mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. ..

Selamat bersedekah...

Sumber : WhatsApp


XOXO, sheAYANG