HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, May 28, 2014

#69 : MARA dan Pembayaran Balik Pinjaman


Bismillah.

Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau ada yang bekerja untuk MARA akan sentap dengan entry ni. Tak bermaksud apa-apa sekadar sharing experience je.

Pada tahun 2011, aku pernah buat pengeluaran KWSP untuk membayar balik pinajaman pelajaran yang telah diberikan oleh MARA. Ye la, kau dah berhutang kena la bayar,. Tanggungjawab. Takut esok kalau mati, tergantung je amalan kau sebab hutang bertimbun. Tapi masa kat dunia, kau pakai kereta mahal, duduk studio apartment harga sewa ribu-ribu, tapi hutang? Hehehehe... Self reminder juga ni.

Transaksi kali pertama berjalan agak lancar. Aku dapat kerjasama yang erat dari MARA. Call sekali, dah dapat settle documentation problem. Tak perlu aku nak galak kali call dan berulang-alik ke KWSP.

Tahun ni, 2014, aku berhajat nak mengeluarkan lagi duit KWSP untuk tujuan sama. Dari bulan 3 (sebelum berhenti kerja) sampai hari ni, dah dua kali aku berulang-alik ke KWSP. 

Ye, mungkin aku dah lupa prosedur. Sebab tu aku rujuk balik dengan KWSP pasal dokumen. Tapi bila sampai bab MARA... Haishhh...

Bukan mengeluh marah, tapi letih. Aku call, tak pernah berangkat. Main line ke direct line ke line department lain ke semuanya sama. TAK ANGKAT. Buntu aku.

Aku cuba semua nombor pada Bahagian Kawalan Kredit. Sangat hampa. Lepas tu aku check ada beza nombor telefon pada yearly statement yang MARA hantar dengan nombor telefon di website.

Bila dah putus asa tahap langit ke-tujuh, aku pun tulis le email. Itu usaha yang terakhir. Sekarang, aku masih menunggu jawapan. Kalau tak reply email aku pun, aku harap ada surat dari MARA untuk aku.

Aku tak salahkan diorang. Mungkin memang diorang sibuk. Aku cuma harap MARA memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Sebab aku nak bayar hutanggggg...

Takkan taknak duit kot. :p

Nanti bila orang tak bayar, buat Press Conference plak cakap bekas pelajar tak kenang budi. Kui3... Ampunkan sayaaa...

Harap sangat isu ni akan settle sebelum aku deliver the baby. Kot la apa-apa jadi kat aku, takde la terkilan sangat sebab tak sempat nak bayar hutang kan. Gittewww..

Semoga dipermudahkan urusanku, Ya Rabb...

Sekian.

XOXO,
sheAYANG