HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, April 17, 2014

#50 : Ikan Bawal Masak Kicap & Bendi Goreng Belacan


Bismillah.

Saya terlebih rajin hari ni. Jadi saya terbitkan segmen baru dalam blog ni. Harap-harap lepas ni boleh terbit buku plak. Hik3 *berangan tak sudah!*

Pertama sekali nak bagitau, saya memang tak pandai masak. Kalau setakat masak air tu, inshaAllah tak kering. Itupun kalau pakai cerek elektrik.

Jadi, terimalah persembahan dari saya,seperti tajuk di atas! :)


Ikan Bawal Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan bawal
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 4 ulas bawang putih (hiris / ketuk)
  • 1 inci halia ( hiris & ketuk)
  • 2 biji lada merah (hiris serong)
  • 1 sudu besar cili giling/boh
  • 5 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air
  • Garam

Cara-cara :
  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan angkat.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan masukkan bawang putih & halia. Tumis sehingga harum. Kemudian tambahkan cili giling dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar dan lada merah. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap dan air dan gaul rata. 
  5. Masukkan ikan dan gaul perlahan. Masak sekejap.


Bendi Goreng Belacan

Bahan-bahan : 
  • 5 batang bendi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Garam
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1sudu besar cili giling/boh

Cara-cara :
  1. Kisarkan udang kering, belacan, bawang merah & bawang putih.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama cili giling.
  3. Kacau rata dan kemudian masukkan bendi. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Kacau sehingga bendi menjadi lembut.

Senang kan?

Selamat mencuba!


XOXO,
sheAYANG