HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, April 18, 2014

#51 : Tunggu Sekejab Sebab Hari Ni Saya Lemau


Apapun, Bismillah dulu.

Pagi tadi bangun Subuh agak lewat. Alarm dah bunyi lama, pukul 6.42 am baru gagah nak pergi masak air, ambil wudhu' dan solat.

Ye. Saya lemau hari ni.

Lepas sapu roti dengan mentega dan kaya, tapaukan untuk suami. Suami dah pergi kerja, saya sambung menung. Sampai satu ketika, saya capai handphone dan WhatsApp suami. Saya bagitau yang saya malas nak cuci uniform dia. Sebab esok kan Sabtu. Tapi, balasannya agak tak best.

Alaaa.. Sebelum dia reply pun memang saya dah basuh baju dia. Dah siap sidai pun. Hik3. Saja nak test.

Dah sudah menyapu, mengemas dan mendobi sambil mandi, baru la saya dapat bersenang-senang depan laptop. Kengkonon nak cari idea nak masak apa hari ni tapi lain yang ditaip.

Buka YouTube, cari lagu Hujan.


Motif, sebab teringat kawan lama. Kawan tu la yang suruh saya dengar lagu tu. Sebenarnya, tak payah buka YouTube pun. Memang dah ada dalam Music Folder kat lappy ni. Mengada kan.

Tak lama lepas saya buka lagu ni, hujan pun turut turun dengan lebatnya. Maka, lemau saya dah berganda jadi dua. Nak tidur balik tapi teringat mak cakap tak baik tidur masa matahari tengah nak naik.

Tapi makkkkk.... Tak nampak pun matahari lagi ni. Hujan kotttt.... Huhuhuuu....

Ni kalau tak dapat tahan mata jap lagi ni confirm saya layan bantal.

Okay. Saya nak sambung blogwalk jap. :)

XOXO,
sheAYANG