HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, December 30, 2019

Antara Gerhana Matahari Analus, Hujan Rahmat & Ulangtahun Kelahiran


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Benar seperti yang ku duga, entry yang patut aku siapkan sebelum 11.59pm, 26 Disember 2019 tak sempat untuk aku edit & publish. Tapi, tak mengapa kerana aku sedar aku hanya insan biasa. Tiberrrr...

Alhamdulillah, minggu lepas walaupun aku tak sempat nak capture momen sempena Gerhana Matahari, aku dapat tengok dekat status whatsapp mereka yang rajin lagi berwibawa. Di bawah ni video yang sempat sepupu aku rakamkan di Kudat,Sabah. Teruja aku tengok. Patut la masa aku nak keluar lunch, keadaan agak suram walaupun ada matahari dan langit kelihatan biru.


Selepas berakhirnya gerhana, muncul pula hujan yang membawa rahmat. Bertuahnya mereka yang sempat memanjatkan doa di kedua-dua waktu ini. Semoga hajat-hajatnya dimakbulkan.

Dan tarikh itulah jua Mak aku sedang berjuang untuk melahirkan aku 33 tahun yang lepas. Dan Abah pula berkejar-kejaran untuk menyambut kehadiran aku di hari Jumaat yang mulia. Nikmat apa yang ingin kau dustakan?

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pertama sekali syukur kepadaNya kerana aku masih diberi kesihatan yang baik dan masih dapat bernafas di muka bumi ini dan meraikan ulangtahun ke-33 pada 26 Disember yang lepas. Sedar tak sedar memang dah agak tua. Rasa semalam baru masuk 17 tahun. Miahahaha.

Umur tak penting, asal jiwa tu muda. Cewahhh. Bukan aku cakap tau!

Officially 33 ;)

Ucapan
Terima kasih buat Mak & Abah yang susah payah melahirkan dan membesarkan aku umpama menatang minyak yang penuh. Walaupun aku tahu aku anak yang baik ketika kecilku, sedikit rebel semasa remajaku dan degil lebih sikit semasa dewasaku, namun kalian tetap ada untukku. Terlalu banyak jasa kalian yang secara jujurnya memang aku tak mampu nak balas. Terima kasih buat kakak-kakakku & adik lelakiku kerana menerima sedia adanya diriku walaupun acapkali buat korang menyampah bila Mak & Abah lebihkan aku dalam setiap hal (kadang-kadang) .

Buat suami yang sanggup meredah susah senang onak dan duri dalam kehidupan ini, terima kasih yang tak terhingga. Bukan senang nak hidup dengan orang macam aku tapi he took the challenge. Untuk anak-anak ibu, kalian adalah permata yang tidak ternilai harganya buat ibu. Ibu tak selamanya akan ada untuk kalian tapi ibu akan sentiasa doakan kalian, inshaAllah. Kalau umur ibu tak panjang, kalian jaga diri dan sentiasa lindungi sesama kamu.

Untuk semua insan yang ada kenangan dengan aku, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup aku.


Tahun Paling Manis & Pahit
Walaupun setiap tahun aku memang manis, tahun ni extra manis sikit sebab dah ada anak no. 3 sempena hari jadi yang ke-33. Nampak? Dalam manis juga ada pahit. Sakit bila orang yang kita sayang jatuh sakit. Ujian tu sentiasa saja hadir di kala waktu tak terduga. Mujur mereka selalu ada untuk aku.

December babies
Biasa la Disember ni month of celebrationssss... Dalam big family aku, 4 orang sepupu lahir sama bulan, belum masuk anak-anak buah dan ipar-duai. Tahun lepas kitorang sempat gather untuk celebrate, tahun ni rasa macam banyak kekangan. Walaupun begitu, korang sentiasa dalam ingatan.

Disember juga la bulan di mana banyak jualan murah tapi takde orang sudi beli hadiah dan hadiahkan kepada aku. Hahaha. Gurau je gais.

Harapan
Aku berharap semoga aku menjadi orang yang lebih kuat di tahun mendatang, menjadi lebih matang dalam membuat keputusan dan menjadi lebih tenang dalam berhadapan dengan orang.

Dan aku berharap dapat bertemu lagi dengan Gerhana Matahari Analus 21 tahun akan datang.

Take care gais!

xoxo,
sheayang

Monday, November 25, 2019

Giveaway Akhir Tahun by HasrulHassan.Com


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hujung-hujung tahun ni bloggers dok buat giveaway, kita pun join la. Yang buat giveaway kali ni bukan kaleng-kaleng tau, sifu dalam dunia blogging ni.

Aku dan dia bukan saudara walaupun nama bapa tu sama. Hihihi. Aku tak ingat sejak bila aku kenal dia tapi lama juga dah sebelum ada blog yang sekarang. Masa sibuk blogger boleh buat duit tu aku dah start google dah dan tersangkut pula dekat blog dia, tu yang follow je setiap entri yang dipublish.

Kalau pergi blog dia tak cukup sehari nak baca semua artikel bermanfaat yang sudi dikongsi. Part yang aku suka for sure la 'Tips Blog' sebab aku kan noob pasal blogging ni. Cara penulisan dia sangat kemas dan blog dia sangat ringan. Kejap je dah boleh buka. Serius jealous la. Ni nak buka blog sendiri pun loading, padahal merepek je banyak. :P

Haaaa, korang nak tunggu apa lagi? Klik banner di bawah untuk join. 

Hadiah pun superb weh!


Good luck untuk korang. Dan untuk aku juga!

xoxo,
sheayang

Tuesday, November 12, 2019

Suntikan Anti Tetanus (ATT) Untuk Ibu Mengandung

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Setelah sekian lama nak tulis tentang Suntikan Vaksin Anti Tetanus ni, baru kini rasa rajin nak update draft yang bersusun.

Untuk ibu-ibu baru, mesti tertanya-tanya Tetanus tu apa? Apa fungsi vaksin ni? Sakit tak? Kalau tak inject tak apa ke? Macam-macam benda dalam kepala otak , kan. :P

Sama la saya pun walau sudah 3 kali mengandung pun akan tetap query benda yang sama. Tapi oleh kerana prosedur, kita ikutkan saja. Dalam masa yang sama perlu tanya tentang keperluan suntikan ni. Saya rasa ada tertulis dalam Buku Pink yang diberi. Cuba check. ;)

Photo by Amornthep Srina from Pexels

Apa itu Tetanus?

Tetanus dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai kancing gigi. Penyakit ini disebabkan oleh racun Neurotoxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium Tetani yang biasanya terdapat di kawasan pertanian dan kawasan bertanah panas dan lembap. Kulit yang luka kerana objek tajam yang tercemar seperti jarum dan paku akan menyebabkan bakteria ini masuk ke dalam badan dan seterusnya merembeskan racun Neurotoxin itu. Racun ini akan menyerang sistem saraf manusia dan menyebabkan gejala seperti :

- Sakit kepala
- Demam & berpeluh
- Sawan
- Kekejangan otot
- Tekanan darah meningkat, degup jantung kencang

Kenapa ibu mengandung perlu ambil suntikan ini?

Ia adalah untuk mencegah jangkitan tetanus pada bayi melalui luka tali pusat yang dipotong dengan peralatan yang tidak disteril atau melalui luka episiotomi.

Walaupun suntikan vaksin anti tetanus ni sudah dianggap tidak relevan pada masa kini, kerana kita tahu rata-rata para ibu kini bersalin di hospital yang terjamin kebersihan serta peralatannya namun pencegahan awal tetap menjadi prioriti.

Kesan sampingan akibat suntikan

Kita sedia maklum yang setiap suntikan akan menyebabkan rasa sakit pada tempat yang disuntik. Jika ada kesan yang lebih teruk seperti nanah atau bengkak, sila rujuk semula ke klinik/hospital. Kesan lain adalah demam dan badan lesu. Kalau macam saya dulu, tangan akan rasa kebas dalam 4-7 hari.

Jumlah suntikan

Untuk kehamilan pertama, ibu akan menerima 2 suntikan; 1 suntikan pada trimester kedua biasanya, suntikan kedua diberi 2 bulan selepas dos pertama.
Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, 1 suntikan dos booster akan diberikan.

Sumber : Sinar Harian, Wikipedia

xoxo,
sheayang

Tuesday, October 22, 2019

Happy 6th Monthsary, Baby!


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Just a quick update about my 3rd child. Dah menginjak usia ke 6 bulan pada 7 Oktober lepas. Dengan panjang 65 cm dan berat 9 kg, mengah juga Ibu nak bawa awak pergi Klinik Kesihatan untuk check up dan cucuk Hepatitis B (dos 3).

Alhamdulillah, membesar dengan cemerlang dan dikhuatiri obese oleh jururawat. Hampir-hampir nak dirujuk pada doktor hari tu. Memandangkan dia hanya minum susu badan, doktor beri tolak ansur dan minta datang pada bulan depan. Sepatutnya, bila dah sampai 6 bulan, appointment akan jadi 3 bulan sekali, tapi sebab nak pantau berat awak, kita jadi penghuni KK setiap bulan la nampaknya.

Apapun, Ibu dah boleh fikir menu-menu sedap dan sihat untuk awak.

Walaupun kekangan masa dan kudrat (malas), Ibu akan cuba rajin bulan depan demi perut awak. Hihihi.

Perkembangan lain, awak dah boleh berguling dengan konsisten walaupun had muatan tu lebih sikit. Dah mula angkat-angkat punggung tanda dah bersedia untuk merangkak. Masih lagi mengensot tapi dalam gear Reverse.

Masa jururawat tanya perkembangan awak hari tu, Ibu hampir clueless nak bagitahu sebab Ibu mengaku Ibu kurang beri perhatian pada perkembangan awak. Jururawat pula minta Ibu buat senaman pada awak untuk stimulate otot-otot kaki jadi lebih kuat jadi awak boleh merangkak dengan cepat. InshaAllah.

Sudah boleh memegang  objek dengan baik walaupun tangan tu kontot-kontot tembam. Masih lagi dengan tabiat menghisap jari yang mana Ibu can't stop you from doing it. Rasa kasihan pula. Tak apa, Ibu dulu pun hisap jari sampai Tingkatan 5. Alhamdulillah masih gorgeous! Hahahaha.

Okay, Ibu simpan cerita ni kat sini.


Till then.

xoxo,
sheayang