HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, July 17, 2017

Mengenang Sahabat

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

Pejam celik pejam celik kejap je dah bulan tujuh. Lagi lima bulan, 2018 bakal mengjengah.

Dalam entri Half Year Recap rupanya banyak kejadian yang aku tak masukkan. Blame my hormones.


Wedding bestfriend sendiri boleh lupa nak masukkan. Tragis, kan? Semalam masa dok belek-belek phone, tertekan pula reminder. Ada la tercatat kat situ, Ayu's Solemnization & Wedding. Tiba-tiba baru teringat, gambar masa Ayu kawen tu tak upload pun. Jadi double tragis pula.

Blog ni memang aku cipta untuk mengenang momen-momen indah dalam hidup. Walaupun lewat, aku tetap nak publish juga supaya aku tak lupa yang aku ada kawan saat aku susah senang, masa aku jatuh dan cuba bangkit semula, masa aku sedih dan tiada bahu untuk aku sandarkan di mana.

Masa aku menginap sebulan di hospital, muka-muka tu juga la yang datang jenguk aku. Terharu, ya Rabb, Allah je yang tahu.


#friendshipgoal

Rasa nak kawen lagi sekali

Thanks sahabat. Aku saja je post gambar ni sebab lawa sangat. Kalau boleh, nak kawen lagi sekali. Tapi, dengan orang yang sama la, kan.

Nak tengok gambar sendu, sila scroll lagi. Huhuhu.



Pengantin tak sendu. Yang betul-betul sendu tu ha sebelah pengantin sana. Mekap ala kadar je diknon. Masa ketibaan hari tu pun, dewan dah lengang. Nasib photographer pandai menjadikan muka hakak flawless. Sadis. Kaedahnya, kena tunggu sampai pengantin habis photoshoot. Hihihi.

Memandangkan kami sudah dewasa (baca : tua), maka tak ada la kami ciptakan bridesmaid dress ke, flower crown ke. Badan pun kembang masa tu, rugi la dapat pakai sekejap je dress nanti.


Roslin, berbaju kurung hitam berjaya menyorokkan baby bump di sebalik warna baju berkenaan. Nice try!

Scroll lagi untuk layan gambar sendu di hospital.

#makbuyong

the poms

Eh, Hokkaido Cheese Tart
Tengoklah betapa gigihnya mereka cari cheesetart berkenaan untuk teman mereka yang sengal ini. Ada entri sempat aku rakamkan pasal rasa teringin nak makan apa -> Nak Makan Apa? 

Akhir kata, aku tunggu baby Ayu pula untuk meramaikan #TeamPerang Mizwar.

Terima kasih korang.

Sayang korang ketat-ketat.

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 5, 2017

SHRMZB



Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

1. I think it's never be too late to wish 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' to those who celebrate it. Hari ni Syawal yang ke-11 dan Alhamdulillah, still alive & kicking!

2. Puasa Ramadhan tahun ni penuh ye. Yeay! *nak duit raya sebab dapat puasa penuh,boleh?*

3. Mantai dan Raya pertama di rumah mertua. #TeamRayaMelaka chuolls. Pak mertua pula kerja hari tu, memang sob sob sikit la. Adik ipar aku yang baru kahwin pula raya rumah mertua dulu (atas arahan abang dia a.k.a suami saya lettew!) maka krik-krik sikit la. Mujur rumah Atok & Puan dekat. Beraya bersama pak & mak sedara je la.

4. Raya ke-dua pulang ke kampung saya. Yeeehaaaa... Berjalan la sampai ke petang. Malam nak sambung tapi hujan la pula. Berhuhu kami di rumah sambil melayan jiran sebelah rumah.

5. Kebiasaannya raya ke-tiga akan pergi ziarah kubur. Tapi dah tiga tahun aku tak follow sejak ada Maryam. Sedekah doa dari kejauhan je la.

6. Berkampung kat rumah kakak aku di Nilai sebab famili belah Abah nak datang. Kakak aku pun sekali hadap je la tetamu semua. Lepas ni lega la dia.

7. Sungguhpun menumpang rumah mertua, aku tetap memborong kuih raya. Asal ada orang offer je, memang aku order. Diorang cari duit raya, sekali-sekala kita bantu la. 

8. Duit raya tahun ni tak banyak sangat tukar sebab ada balance lagi tahun lepas tak berpakai. Hihihi. Topup sikit-sikit je. Dan syukur juga masih ada yang sudi bagi duit raya pada aku. Jangan salah sangka. Duit raya tu untuk anak-anak aku, bukan maknya. Maknya wakilkan je. 

9. Tak berkesempatan nak beraya rumah kawan-kawan. Sungguh aku rindu tapi apakan daya.

10. Baju raya tahun ni sepasang je sempat beli. Suami pilih kurta. Maryam pun sepasang. Mizwar sepasang baju melayu yang gedabak gila dan romper melayu. Sakan kau beraya ye, nak! Ibu tak sempat nak beli rantai brooch untuk kebaya maka togel je la berkebaya. Tak sempat nak berselfie seorang diri, maklumlah handbag kiri kanan sekarang.

11. #TeamRayaNegeri pilih royal blue dan bila diorang bergambar, Subhanallah, lawa gila. Bila bergambar berlatarbelakangkan awan nan biru double lawa okay!

12. BFF Roslin selamat melahirkan baby pada 27 Jun 2017. Baby bagi chance mak dia makan rendang, ketupat, lemang dulu. Glad to hear the news! So, Mizwar dah ada geng nak main perang-perang.


13. BFF Ain Mumia singgah beraya ke Melaka weh! Sempat la borak setengah jam sebelum masuk kerja balik. Terharu sangat siap bawak present untuk Mizwar. Thanks Ain!

14. Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan korang semua. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

XOXO,
sheayang 

Tuesday, July 4, 2017

Half Year Recap

Bismillah.



Assalamualaikum & Hi everyone.

Sedar tak sedar dah setengah tahun berlalu dengan slumbernya tanpa menunggu kita yang terhegeh-hegeh ni. Sedih tau.

Sebab apa?

Banyak lagi target tak achieve. Confirm KPI tahun ni jatuh merudum. Nak betulkan balik memang tiada maknanya lagi. Jadi lepas ni kena do better sampai penghujung tahun, inshaAllah. Semoga dipermudahkan.

Apa pencapaian aku sepanjang setengah tahun ni?

KEHIDUPAN
Dah bertambah seorang lagi cahayamata cikebum cikebum. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kelahiran walaupun keperitan semasa 3rd trimester tu sangatlah mencabar sebab kena keluar masuk wad, follow up itu ini. Allah je yang tahu penatnya nak hadap. Maryam dah pandai nak cemburu dengan adiknya, Mizwar. Semoga Ibu akan terus kuat untuk membesarkan kamu berdua.

Birthday suami baru berlalu beberapa hari lepas tapi takde celebration pun untuk dia. Dia kerja, aku busy dengan anak-anak, so mood memang ke laut la nak buat surprise bagai. Mohon redho la ye.

KESIHATAN
Alhamdulillah syukur nikmat. Tak dapat untuk aku menidakkan apa yang telah Dia kurniakan. Cuma aku tengah mengalami sakit kulit pada jari dan kaki yang aku anggap tak serius sangat pun. Sakit-sakit lain tu kau anggap je la ujian sikit sebab kau melantak bagai nak rak raya hari tu. Hihihi.

RAYA
Tahun ni ada perubahan sikit. Turn kampung suami, maknanya kami #TeamRayaMelaka. Hehehe. Nasib tahun ni kami pergi berjalan, takde la tidurrrr je petang raya. Sampai ke malam la kami berjalan rumah saudara-mara. Baru la aku tau ada gak saudara suami aku ni.

RUMAH
Setelah bermain tarik tali, akhirnya dapat dah kunci rumah. Syukur. Sekarang dalam proses akhir untuk memindahkan dan menyusun atur segala khazanah. Hujung bulan ni minta korang doakan kami dah berpindah sepenuhnya.

KERJA
Kontrak aku tamat 30 April lepas. Masa tu dalam tempoh cuti bersalin. Dan sebulan aku jadi penganggur tiada gaji plus dalam pantang pula tu. Nasib tiada komitmen besar untuk dibayar. Dan Alhamdulillah juga sebab pihak syarikat sudi sambung kontrak aku lagi setahun. Setahun ni akan jadi tahun yang paling tough sebab aku kena tunjukkan komitmen kerja yang sebenar untuk dapatkan status tetap tu. Terkilan juga la sebenarnya bila sakit yang kita tak minta affect pada status kerja kita.

HOBI
Setakat ni belum ada hobi baru. Senarai hobi memang berderet tapi belum sempat explore yang mana sesuai dengan diri ini. 

HALA TUJU BLOG
Aku masih lagi tercari-cari dan mencari. Sedang mengumpul kekuatan untuk berblog secara konsisten dan tercari-cari content yang sesuai untuk diketengahkan dalam blog ini. Kalau anda ada cadangan, sila tinggalkan pada ruangan komen. Hihi.

Sekian, update saya untuk kali ini.

p/s : Bukan entry recap sangat pun sebenarnya. :P

XOXO,
sheayang

Saturday, April 29, 2017

Kelahiran Rejab; Ilham Mizwar Rizqy


Bismillah.

Dua bulan aku cuti dari blogging, tak buat apa, tak busy mana pun. Tiap hari niat nak update blog tapi akhirnya kecundang. Tidur lagi best!

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan bayi yang kedua. Sebelum ni dalam twitter aku pernah cakap nak cerita pasal kronologi bersalinkan si hero nan seorang ni. Sampai la hari ni baru tercapai. Sebulan dah wei! Anak pun dah pandai tidur mengiring sendiri. 

Hi baby M!

Saja nak abadikan untuk pembacaan sendiri dan generasiku yang akan datang, inshaAllah.

Tarikh : 29 Mac2017, 1 Rejab 1438 (Rabu)

1. 6.30 am Bangun pagi macam biasa siap-siap nak pergi kerja. Hari sebelumnya senang je nak bangun pagi. Hari ni ada sikit susah sebab celah kelangkang tu terasa sakit. Petanda tu!

2. 8.10 am Perjalanan ke pejabat macam biasa boleh memandu tanpa masalah. Baby dah bangun tidur, terasa beberapa kali dia buat freekick kat dalam tu.

3. 9.00 am Mula rasa lain macam tapi tak nak layan. Husnuzon yang baby tengah aktif dalam tu.

4. 10.00 am Tak fokus dah nak buat kerja. Borak-borak dengan colleague dalam masa yang sama menahan sakit kontraksi, sebenarnya. Contraction 2 in 10 tapi aku masih hidup dalam denial. It's not the time yet,baby! Kataku di dalam hati.

5. 12.00 pm Mula Whatsapp important people (husband, family & close cousins) untuk bagitau keadaan dan minta pendapat. I thought it's Braxton Hicks!

6. 1.00 pm Balik lunch rumah mertua. Dah settle lunch, solat dan siap-siap ke hospital dengan husband. Sakit kontraksi bergabung dengan denyutan jantung laju. Nervous tak ingat. Tapi depan husband wajib buat muka cool.

7. 2.30 pm Sampai ke Hospital Alor Gajah. Mula-mula diorang argue kenapa aku ke HAG sedangkan aku ada rekod dan patut ke Hospital Melaka terus. Jawapan aku, tak tahu la ni nak beranak ke tak. Ye la, something yang kau tak sure (beranak) lepas tu kemudahan yang dekat ada (HAG), takkan kau nak kejar pergi tempat yang jauh (HM).

8. Masa nurse buat kira contraction, memang serious baby freeze. Tak bergerak langsung dalam 20 minit. Lepas je nurse lepaskan tangan dari perut aku, tiba-tiba je contraction tu datang balik. Wah, kemain dia punya gurau senda tu. Lepas tu nurse kira balik for another 20 mins and yes, contraction 1 in 10, katanya.

9. Buat CTG dan ternyata bukan 1 in 10 sebaliknya 2 in 10. Doktor datang untuk check bukaan (VE), dah buka 3 cm. Sediakan ambulans dan zuppp...

Kau hado, selfie dalam ambulans? Huhuhu

10. 5.00 pm Bergerak ke Hospital Melaka dengan ambulans. Husband balik rumah dulu. Bajet-bajet lambat lagi lettew!

11. 5.30 pm Sampai di Hospital Melaka, terus ke Dewan Bersalin. Tolong jangan bayangkan Dewan Bersalin dengan Dewan Sekolah mahupun Dewan Orangramai sebab dewan ni paling menggerunkan. Sungguhpun begitu, ada wanita yang tiap-tiap tahun menjengah ke dewan ini. Okay, hambar sangat ayat kau ni!

12. Bila kaki jejak je Dewan Bersalin, tak semena-mena jiwa jadi tak tenang dan kesakitan pun bertambah. Whatsapp suami jam 6.30 pm, dia stuck dalam traffic jam. Damn!

13. Lapar campur sakit campur husband tiada di sisi menjadikan mukaku seperti HULK masa tu. Berpeluh tak terkata. Zikir selawat semua dah ke laut. Bila husband sampai je, terus teguk air beberapa kali tapi masa tu air pun rasa tak lalu kat kerongkong dah. Muka pun kalau ingat balik mesti husband aku gelak punya. 

14. Masa ni buat apa pun tak kena. Berdiri, berjalan, mencangkung tak mampu meredakan kesakitan. Last-last aku minta permission dari nurse untuk baring atas katil. 

15. 7.30 pm Lepas dari azan Maghrib, nurse tengok keadaan aku macam dah tak keruan, dia minta doktor tolong check bukaan. Masa tu dah buka 5 cm. Tapi tak ada Kamar Bersalin yang kosong. Maka menunggu lagi la aku di katil rawatan itu.

16. Things happened too fast tapi memang sepanjang masa tu aku alert dengan Whatsapp yang masuk. Yang sentiasa update haruslah dengan husband sendiri. Malangnya, dia tak dapat masuk dan temankan aku. For the second time & maybe the last one. Tak ada rezeki awak, yang.

17. 8.00 pm Kena tolak ke Kamar Bersalin 8, lepas tu keluar balik ke Bilik Scan sebab doktor check aku ada history Placenta Previa. Time ni aku rasa memang nak terajang je doktor tu. Case resolved la doc!

18. Aku syak doktor pun dah gelabah sebab tengok kontraksi aku lain macam punya kuat, terus tolak kembali ke Kamar Bersalin 8.

19. Check bukaan lagi tengok dah 6 cm. Pecahkan air ketuban, ready to push, GO!

Terkejut. Ibarat magika!
Kah kah kah. Aku suka baca balik.

20. 8.20 pm And there you are. Alhamdulillah.

Thanks to all yang mendoakan keselamatan aku dan baby. Anugerah ke-2 dari Allah ni akan kami suami isteri besarkan dengan sebaiknya, inshaAllah. Amiinn...

XOXO,
sheayang