HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 9, 2020

BANGKIT


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sejak kebelakangan ni jarang sangat menaip. Fokus dah lari, konsistensi dah menjauh, dah hujung tahun ni semua benda jadi serba tak kena. Itu aku.

Buat korang yang masih kekal bersemangat, tahniah!

Please sedekahkan sedikit semangat korang tu kat aku.

Harapnya, dalam seminggu dua lagi menjelang 2021, aku akan bangkit.

Bangkit mencapai cita-cita,
bangkit mengejar kejayaan,
bangkit dengan bersemangat,
bangkit, bangkit, BANGKIT!

Kejutkan aku jika aku masih lagi tidur, 2020!

xoxo,
sheayang

Thursday, October 29, 2020

Maulidur Rasul : Apa Yang Boleh Kita Lakukan?


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua. 

Hari ni hari keputeraan nabi kesayangan kita yang juga nabi yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Saya kongsikan sedikit biodata baginda.

Biodata Rasulullah SAW



Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai  Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Betul ke sambutan Maulidur Rasul ni termasuk dalam perkara bida'ah yang mesti dielakkan?



Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Imam al-Syafii berkata: Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :

Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat

Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.

Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulidur Rasul tidak termasuk di dalam perkara bid’ah (perkara baharu) yang menyesatkan. Selagimana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kredit : MAIS


Apa perkara yang boleh dilakukan sempena Maulud Nabi ini?


1. Berpuasa

Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”. -Riwayat Muslim

Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari  ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.

2. Berselawat

Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali” 
-Riwayat Muslim dan Abu Daud

3. Bersedekah & berbuat baik

Sebagai mencontohi baiknya peribadi Rasulullah SAW, perbanyakkanlah sedekah dan berbuat baiklah dengan semua makhlukNya.

Dalam apa sahaja yang kita lakukan, bersederhanalah.

Jadi, apa perancangan untuk hari esok?

xoxo,
sheayang 

Monday, August 24, 2020

Oryn Skincare

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Kulit muka ni siapa je yang tak sayang, kan? Berhabis berpuluh beribu pun sanggup. Masalahnya, nak cari skincare yang sesuai tu bukan senang ye gais.  Pening kepala dok try macam-macam last last breakout juga, pedihnya tu di sini *tangan di dada*

Hati macam nak cuba produk keluaran tempatan, dan akhirnya berjodoh dengan Oryn Skincare. 

Nak tahu apa yang best sangat?

Dalam satu set ni ada 3 item iaitu :-

🍊 Hydrabright Cleanser
🍊 5 in 1 Hydrabright Moisturizer
🍊 Clear Gel for Acne. 

Oryn Hydrabright Cleanser
Diformulasikan untuk membantu membersih, menghidrat dan mencerahkan kulit.
Pembersih yang tiada buih ini memastikan kulit anda berapa pada tahap kelembapan yang optimum.

Oryn Clear Gel
Berfungsi untuk merawat jerawat dan cela di kulit muka 
Memudarkan lingkaran gelap
Penyerapan yang pantas

Oryn 5-in-1 Hydrabright Moisturizer
Pelembap Kulit Premium yang dijanakan dengan pelbagai bahan untuk memberi penghidratan kulit, mengurangkan tanda-tanda awal penuaan dan membantu untuk mencerahkan kulit.

5 Faedah Utama Oryn Moisturizer
Pelembap - Hidrasi
Serum - Pencerahan Kulit
Primer - Asas Lembut
Anti Penuaan - Menegangkan Kulit
Krim Malam - Kesuburan Kulit

Review saya
Saya guna semuanya dah lebih dari 2 minggu. Alhamdulillah memang banyak sangat perubahan.

Sebagai seorang ibu, kulit kusam dan lingkaran gelap bawah mata adalah masalah yang paling sukar untuk diatasi. Lepas guna set Oryn Skincare ni, kulit bertambah lembut dan lembap malah lingkaran gelap bawah mata pun semakin pudar.

Cara penggunaan
Cuci muka dahulu dengan Oryn Hydrabright Cleanser untuk hasil yang memuaskan. 
Kemudian oleskan Clear Gel for Acne di kawasan yang ada jerawat dan dark spots.
Akhir sekali sapu Oryn 5-in-1 Hydrabright Moisturizer ke seluruh wajah.

Oryn Skincare dengan baik hati nak beri percuma 100 Kit Percubaan (Trial Kit) yang mengandungi 3 hot items iaitu Oryn Moisturizer, Oryn Facial Cleanser & Oryn Clear Gel. Cara nak dapatkan Trial Kit ini mudah sahaja. Korang klik link di bawah 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari akaun media sosial & laman web ORYN Skincare :

Facebook : Oryn Skincare
Twitter : @orynskincare

xoxo,
sheayang

Monday, July 6, 2020

Anak Tantrum? Kenapa dan Cara Menanganinya.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Kalau bercerita pasal tantrum anak ni, memang tak akan pernah habis. Setiap hari ada saja cerita. Lelah itu biasa, namun masih perlu teruskan juga. 


Tantrum bukanlah sejenis penyakit dan ia juga bukanlah tabiat atau kebiasaan. Kejadian anak tantrum ini pasti akan berlaku dan berulang seiring usia. Ada banyak cara sebenarnya untuk menenangkan anak yang tantrum namun keberkesanannya tidak dapat dianalisis. :)


Kenapa kanak-kanak tantrum?

Tantrum boleh berlaku bila anak itu :-
✓ Lapar
✓ Letih
✓ Rasa terabai
✓ Tidak tahu menerangkan emosi mereka

Cara menangani tantrum si kecil :-

♡ Kenalpasti punca tantrum
♡ Alihkan perhatian anak
♡ Beri mereka pilihan
♡ Beri perhatian
♡ Kurangkan tekanan

Pendekatan yang diambil adalah berbeza-beza bergantung pada punca tantrum & lokasi. Ibu bapa perlu pantas dalam situasi-situasi yang tak terduga ini.

Sebagai ibu bapa, kita perlu pastikan diri kita dalam keadaan bertenang sebelum mengendalikan anak-anak tantrum. Jika kita tak dapat bertenang, minta pasangan kita untuk menenangkan si kecil.

xoxo,
sheayang