HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, April 2, 2019

38 minggu : Semakin hampir


Bismillah. 

Assalamualaikum & Hai semua.

Ada yang rindu saya tak? Haaaa. Tak payah la nak rindu sangat. Saya ada je aktif di socmed yang lain. Susah nak maintain di blog sahaja.

Saja la selit link sikit.

Personal FB : She Ayang
Page FB : Blog Sheayang
Instagram : @sheayang_

Kejap je dah April, kan? Mac memang sepi di blog ni. Padahal, in real life, rasa macam tak cukup nafas nak uruskan segala hal. Terpaksa dan dipaksa untuk menjadi kuat walaupun mengendong kandungan yang kini dah hampir ke tarikh kelahiran. Seram? Hanya Allah je yang tahu.


Memang minta sangat untuk baby M tak keluar terlalu awal since banyak lagi kerja belum settle. InshaAllah minggu depan dah boleh start bercuti kalau tiada aral melintang. Jangan dibagi last minute task, sudah la ye. Memang nangis tepi bucu workstation ni nanti.

Rasa nak jalan pi toilet pun dah tak larat sekarang. Ye la, pundi kencing dah penuh, toilet pula 30 meter dari office. Jalan pun dah senget-senget tak serupa orang dah sebab tahan kencing punya pasal, kan. Hahaha. Terpaksa la gelakkan diri sendiri. Siapa suruh suka tahan-tahan nak buang air.

Update untuk hari ni, settle check up 38 minggu. Semalam, check up di Klinik Pakar O & G, Hospital Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doktor benarkan untuk bersalin normal bila tiba masanya. Tapi kalau dah sampai due tak bersalin juga, maka kena induce la. Harap dijauhkan. Khabarnya sakit induce tu tidak tertahan.

Weh, contraction pun dah azab, inikan pula induce. Tak sanggup nak bayangkan.

Banyak lagi nak update tapi nak balik rumah dulu. Rindu dah dengan anak-anak. Eh, makin dekat waktu nak bersalin, rasa rindu tu lain macam tau. Awak pula jangan nak macam-macam.

Okbai.

xoxo,
sheayang

24 comments:

  1. wah dah 38 weeks!! semoga dipermudahkan semuanya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you @sisgee . Mudah-mudahan. Aamiinnn... ;)

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan :) seronok tgh sheayang pregnant. take care. harap semua go smooth amin.. takpe dont worry insya Allah semua okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks illy. Aamiinnn... Next baby pula illy. Hihihihi

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin. take care ye.

    ReplyDelete
  4. didoakan semoga awak tak overdue. Sy anak last dulu 37wk aje,itu pun dah macam penguin berjalan,semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penguin pun gelak tengok kita jalan cam dia agaknya. Huhuhu. InshaAllah mudah-mudahan segalanya lancar. Aamiinnn...

      Delete
  5. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan bersalin nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah dah selamat. :)

      Delete
  7. Assalamualaikum... sis datang sini balas kunjungan.... wah dah dekat tuuu... take care dan sis doakan semoga semuanya selamat... jgn bimbang.. enjoy that moments! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih sudi berkunjung. Alhamdulillah dah selamat semuanya. Aamiinnn

      Delete
  8. Wah! Tak lama dah. Ke dah selamat bersalin? Anyway, tahniah!

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segalanya nanti ye. In Shaa Allah mudah-mudahan semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ciktie. Tengah berpantang ni.

      Delete
  10. bdebar aih saat tunggu hari...

    yg 1st sy mmg plan czer sbb songsang
    2nd induce tp lastly czer jgak slps 3 hari induce jln x buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Besar dugaan tu. Harap tak serik nak pregnant lagi.

      Delete