HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, January 31, 2019

My Trial Month Will End Today

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Salam Penghujung Januari korang. Dengan ini, aku mengisytiharkan yang tahun 2019 aku akan bermula esok. Hihihi.

Gambar sekadar hiasan
Credit : Perodua

Nervous weh rasa macam 1 Januari juga. InshaAllah aku akan buat sehabis baik untuk capai target-target yang dah disetkan. Planner pun baru dapat. Entah boleh penuh ke tidak ni entahlah. Berdoa je mampu.


Sepanjang bulan percubaan ni, ada la beberapa achievement yang aku dah buat. Eh, perasan. Antaranya ialah masuk kerja setengah jam lebih awal. Di mana aku patut masuk pukul 8.30 pagi dan selalunya aku sampai dalam 8.20 pagi ke atas. Sejak dah kena hantar Maryam ke sekolah, nak tak nak, aku kena juga la masuk kerja awal. Mana ada shopping mall buka pagi-pagi buta, kan?

Jadi, bila dah datang awal tu, aku buat la 5S sikit-sikit dan selalunya aku akan ambil masa tu untuk baca Yaasiin atau surah Luqman.

Selain dari datang kerja awal, aku juga dah mula basuh baju dengan tangan. Perkara ni jarang-jarang berlaku selepas aku diserang ekzema. Since ekzema aku pun behave je lately, dan aku pula macam 'eh, baju ni mana boleh basuh mesin, ini pun tak boleh, yang tu pun tak boleh', maka bermulalah aku manage masa untuk membasuh. Selalunya baju anak-anak, baju putih dan tudung je la yang aku basuh pakai tangan. Itupun lenguh weh, dengan perut yang makin membesar ni, senak jadinya. Hihihi.

Tapi, jadi mak ni kena gigih! *lekat kuat-kuat dalam kepala otak*

Baru minggu ni kitorang suami isteri tong-tong duit beli almari baju untuk suami aku. Sumpah, baju dia banyak gila! Aku dah bebel banyak kali sampai dah tak larat dah. Sampai satu tahap aku lipat baju dia dan aku biar je kat mana aku lipat, kat situ gak aku tinggalkan. Hahahaha. Jahat? Tak, aku fed up. Kajian aku kepada beberapa orang lelaki, disebabkan mereka tidak ditugaskan untuk melipat baju, maka bila pilih baju untuk dipakai pasti akan bersepah lepas tu. Confirmed!

Solusinya, beli je almari, gantung je semua baju. Settled!

Itu je la yang boleh aku banggakan. Mesti korang menyesal kan baca. Hahaha.

Aku akan pastikan juga content lepas ni lebih berilmiah walaupun dengan gaya santai mak-mak.

xoxo,
sheayang

7 comments:

  1. Wah banyak perubahan akak buat. Good one. Teruskan sis :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/book-review-kacau-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
  2. Bila sampai awal kat opis banyak mende kita boleh buat sebenarnya kan. Kalau ana dulu awal 30 minit tu boleh siap print working paper semua. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih produktif kan bila start keje pagi-pagi. Rasa fresh.

      Delete
  3. Bila anak mula sekolah memang jadual Kita pun berubah. Bagus cadangan Beli almari Tu. Nanti tak penat sangat lipat baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Banyak yang berubah. Hormon pun cepat je berubah. Hahahaha. Almari tu memang menyenangkan hidup.

      Delete
  4. Samalah dengan laki saya, dia punya baju siap parking kat bahagian baju lama sebab tak muat ruang baju dia. Nak beli almari takmo, kata nak kumpul duit beli yang cantik terus..makanya kat situ la tempat parking baju lebih dulu..

    ReplyDelete