HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, January 10, 2018

Cara Untuk Menjadikan Hari Anda Lebih Produktif

Bismillah.

Assalamulaikum & Hai semua.

Walaupun baru 10 hari dalam tahun baru, aku dah mula rasa lemau-lemau ni. Saki baki malas tahun lepas terbawa-bawa sampai ke hari ni. Boleh bilang dengan jari berapa hari saja yang aku rasa semangat untuk memulakan hari baru.

Nak tahu rahsia, kenalah banyak membaca. Bila dah baca, bolehlah kita kongsi dengan orang lain. Kan kan kan?



Cara pertama; bangun lebih awal. Seeloknya 2 jam sebelum kita nak memulakan perkara penting contohnya ke pejabat atau kolej. Jadi, kita akan ada lebihan masa untuk bersiap dan dapat berdandan dengan tenang tanpa gesa.

Lakukan perkara yang penting di awal pagi. Ada orang suka tengok & scroll phone bila bangun pagi tapi itu sebenarnya tidak penting langsung. Ia akan merenjatkan hari anda lagi ada la. Sebagai Muslim, bangun pagi digalakkan madi dahulu kemudian solat. Lepas tu boleh la kita sarapan ke siram pokok bunga ke.

Berhenti komplen dan kata tak cukup masa. Sejak anak dah dua ni, aku suka guna alasan ini untuk minta tolong dari suami. House chores sebenarnya mudah kalau kita pandai bahagi masa tidak kira kita surirumah sepenuh masa ataupun ibu bekerja. Cuma kudrat tak sama dan masih perlukan bantuan, itu saja. :)

Jauhi multitasking. Ia sebenarnya meletakkan anda dalam bahaya kalau anda jenis yang memang tak boleh multitask. Tapi ada saja perkara yang anda boleh multitask contohnya sambil mesin kain baju, boleh memasak ataupun sambil menyapu boleh tanak nasi. Bukan alasan untuk anda tidak buat salah satu perkara itu.

Dah kalau memang tak boleh multitask, anda kenalah set rutin harian. Masak nasi-15 minit, masak lauk-30 minit, mesin baju-40 minit, menyapu & mengemop-30 minit. Ini contoh, tak perlu ikut pun. 

Afterall, you MUST leave some freetime in your schedule. Too hectic schedule will lead to other problems later on. Jadi, kita plan masa kita, janji kerja settle.

p/s: I am not going to write about my 2018 Wishlist which I wrote here because I see it is not important for you all but me. Hihihi.

XOXO,
sheayang

2 comments:

  1. Ingat Sal sorang je rasa lemau...hehehe..ape pun kena move on..tq tau sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmau lemau2 okay. Hihihi. U r welcome.

      Delete