HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, December 23, 2016

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Jika Ditahan Di Wad


Bismillah.


I was hospitalized last week due to reduce fetal movement and Urinary Tract Infection (UTI). 

Reduce fetal movement = Kandungan kurang gerak
Urinary Tract Infection = Kencing Kotor

Pengalaman pertama kena admitted semasa mengandung. Aku pergi menyerah diri kat hospital hari Selasa lepas waktu pejabat sebab dah terlampau risau dengan keadaan kandungan yang tak aktif sepanjang hari tu dan perut pun mengeras je rasa memang tak selesa.

Nasib baik sebelum pergi hospital, dah contact husband dulu. Sampai-sampai hospital, kena check up bagai, tengok phone 'No Service'. Cuak weh.

Dapat tau pula kena tahan dalam wad, bingung tak tau cara nak bagitau husband. Rupanya, nurse dah tolong callkan. Berhuhu la aku masuk kena tolak ke wad tengok husband dah tercegat kat katil. Fuh!

Bermalam di hospital sangat membosankan sebab kau cuma baring, tidur, duduk, makan sahaja. Buku/majalah lupa nak bawa. Tapi masa kat bilik check up tu nurse pesan jangan risau, banyakkan zikir, cakap dengan baby dan bermacam nasihat lagi. Alhamdulillah, I followed all

Mungkin sebab bekerja, aku tak ada masa sangat nak bercakap dengan baby compare masa mengandungkan Maryam dulu. Kesian baby!

Jadi, apa yang aku dapat simpulkan di sini, perkara-perkara yang kita boleh lakukan jika ditahan di wad adalah :

1. Jangan bebankan diri dengan apa yang tertinggal di rumah. Ini selalu sindrom mak-mak yang hadapi. Risau anak tak makan, tak mandi, tak tidur sampai sanggup tandatangan surat tanggung risiko. Aku pun sama hari tu, risaukan Maryam dengan nak call husband tapi line tak ada macam-macam benda dalam kepala otak sampai fikir baju kerja husband tak sempat basuh pun ada. Gila, kan?

2. Banyakkan beribadah, berzikir dan membaca Al-Quran. Bab ni pun memang mak sentap masa nurse pesan tu. Kita ni kalau sembahyang pun nak laju je, Quran pun jarang buka sampai berhabuk, ni masa Allah bagi kita rehat supaya ingat dekat dia. Rasa nak menangis masa tu dan cepat-cepat tengok phone ada lagi tak Quran Apps tu. Gigih malam tu baca surah Luqman, surah Maryam, surah Yusuf semua. :P

3. Bercakap dengan kandungan anda. Ni untuk ibu mengandung je la. Kalau bapa yang kena tahan wad tu, bercakap dengan kandungan lemak pun boleh. Mungkin bayi kita dalam tu letih/merajuk sebab kita tak layan dia. Bila ada masa, borak-lah. Time ni takkan ada orang mengata kau gila cakap sorang-sorang.

4. Mandi. Ada orang bila duduk hospital, malas nak mandi. Tahu tak mandi tu terapi air yang paling menenangkan. Sebab tu ada sesetengah budak suka mandi/berendam. Tapi janganlah sampai mandi 5-6 kali sehari pula.

Sekian.

XOXO,
sheayang