HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, November 14, 2016

Short Trip To Cameron Highland

Bismillah. 

Good morning semua. Salam Monday Blues. :)

Bila dok scroll timeline FB tu mula la nampak post The Vocket la, OhBulan la pasal vacation sini sana. Maklumlah, dah hujung tahun ni orang sibuk apply cuti nak berjalan. Applicable untuk warga mak bapa yang ada anak je. Yang single mingle, anytime boleh pergi asal ada fulusnya! :p

Kita pula baru nak post entri untuk trip tahun lepas. Hahaha. Sadisnya kehidupan. Alkisah draft dah ada lama dah. Nak attach gambar tu malas sikit. Jadi, marilah kita membangkitkan mood untuk pergi vacation sempena aku publish entri ini. Hihihi.

Bila dapat suami jenis main redah ni, plan hari ni, esok terus pergi. Memang seronok. Tapi punah poket sikit la. But it's okay, poket dia, bukan poket aku.Muahahaha. Lagipun bukan tiap-tiap minggu pun berjalan. Kami enjoy je!

Bermulalah perjalanan kami pada pukul 9.00 am 31/12/2015. Sampai exit tol Tapah dalam pukul 12.00 pm. Jalan nak menuju ke destinasi tu agak mengecewakan. Bukan sikit, tapi banyak. Struktur jalan sangat teruk. Memang mengucap kalau bawak orang tua. Dah tiba pekan pertama, Ringlet, lega sekejap. Teruskan perjalanan tanpa henti ke Tanah Rata. Tengok-tengok dari dalam kereta je mana tempat yang menarik nak jelajah. Sebab memang tak study apa pun sebelum pergi. Hahaha.

Start dari Tanah Rata, keadaan jalan dah semakin okay. Kami decide untuk stay kat Iris House Hotel selepas berpusing berkali-kali mencari hotel. Oh ye, hotel pun kami main terjah je. Google sikit hotel mana yang ada dan serbu. Banyak jugak hotel yang penuh, maklumlah cuti sekolah.

Iris ni ada dua tempat kot, satu yang ada resort dan satu yang tak. Kami stay yang takde resort, tepi jalan. Reachable. Tapi agak semak kepala otak. Sesampai kat hotel, hujan rintik-rintik, air bergelora, badan pun sejuk tak terkata. Hahaha. Padan muka datang wrong timing. Tapi kalau diikutkan review, kat Cameron Highland ni memang sentiasa je hujan manja-manja gittew.

Talking about Hotel, at first memang tak puas hati. Rasa mahal sebab kena spend RM250/night kat hotel yang sebegitu. Tapi bila fikir semula, kami datang pun menerjah, peak season pula tu, so nak tak nak kena redhooo juga. Masuk je bilik, hurmmm... Biasa je. Cuma ada balkoni. Tapi takde pun view yang cantik. Hahaha. Bajet kau duduk kat hotel RM2,500 ke!

Kami sampai hotel time tu dah nak pukul 5.00pm. Agak sedih la bila tuala takde. Walaupun sejuk, kau tetap nak mandi okay! Bila masuk toilet pula, air kemain sejuk lagi. Ohmai, aku dah niat taknak mandi jadinya. Rupanya, heater menjadi sangat loading. Gelak lagi. Hahaha. Finally, berfungsi dengan jayanya after 30 mins stay.

Lagi satu, bukan nak compare 3 star hotel dengan 5 star hotel. Tapi aku rasa ada je 3 star hotel yang provide 3-in-1 coffee untuk guest. Tapi kat sini takde. Sedih lagi. Itu je pasal hotel. Dah taknak ingat lagi dah. Yang lain-lain, okay je. Customer service is good! Thanks for the help. Dalam bilik ada kettle and cups, empty fridge, TV with Astro channels, and the most important is comfort bed!

While hubby took his nap, aku pun buat la research sikit pasal where to go, what to buy, and all. At the end, aku nampak diorang jual map Cameron Highland kat lobby. RM5. Hahaha. Susah-susah je Google.

After Maghrib, dengan hujan rintik-rintik itu, kami pergi ke Pasar Malam Brinchang. Okay la. Nothing much to say. Kau beli makanan kat sini, sampai dalam kereta dah sejuk. Hahaha. Hajat di hati nak dinner kat Nik Ikan Bakar terbatal sebab takut Maryam buat hal. Katanya, tempat tu wajib pergi kalau dah sampai kat Cameron Highland ni. But maybe next time for us.

Agak dull Cameron Highland after 8.00 pm. Cuma banyak kereta je la, sebab orang luar kan. Sedih lagi. But it's okay. Lets go back to the hotel and make 'taik mata'. Hewhewhew.

1 Januari 2016 di Cameron Highlands agak padat; jalan dan jadual. Semua orang berpusu-pusu pergi ke tempat yang sama. Pagi tu kitorang pergi ladang teh dulu. Snap gambar sekeping dua then ciao ke kedai teh lalu membeli beberapa bungkus teh sebagai buah tangan mereka yang disayangi.

Tak dapat nak recall dan clarify tempat yang kami tuju sebab ingatan dah tumpul. Hanya gambar yang sempat disnap walaupun kadang-kadang gambar tu tak semenggah. Ayuh-lah kita layankan gambar sahaja.


Di Bee's Farm

The Scenery - Tea Farm



Excited nau muka
 
 
 
Bukan musim :'(
 

 
 

Sekian.

XOXO,
sheayang

Post a Comment