HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, November 11, 2016

Buasir Semasa Hamil


Bismillah.

Masa awal-awal usia kandungan dulu, aku sering diserang sembelit. Kalau pergi tandas tu kadang-kadang makan masa setengah jam duduk bertapa kat dalam. Punya la seksa. Tapi sembelit dengan aku tak dapat dipisahkan. Kalau tak mengandung pun memang aku ni jenis susah membuang. Hihihi.

Pernah masa zaman kolej dulu punya la risau sebab buang air besar dua kali je seminggu. Dapat pula roomate yang jenis makan buang makan buang. Perghhh. Senang betul hidup dia. Masa tu nekad pergi klinik. Doktor yillek, nurse je ada. Jadi, sebarang keraguan aku tanya je la tanya segan-silu masa tu. Dan jawapannya, normal tu dik.

Habis, bilanya tak normal? Kalau dalam 2 minggu kau membuang sekali je, tu tak normal dah. Setakat ni okay lagi kot.

Pulang la aku dengan hampa. Dan menghadap sakit sembelit ni bertahun lamanya.

Disebabkan aku alert dengan keadaan diri yang begini, masa dekat nak bersalinkan Maryam dulu, bila admitted je kat hospital, aku minta ubat untuk sembelit. Masa tu memang tak tau pun kewujudan ubat tu. Ada orang panggil ubat pelembut najis. Mana-mana je la.

Tiga hari tak berak, kau rasa aku boleh tahan ke? Mana nak tau sakit kontraksi dengan sakit nak berak? Nurse tetap taknak bagi bila aku minta ubat tu. Aku redho!

Tapi, kali ni kalau jadi juga, tak dapat la nak redho. Huhuhu.

Ni bukan nak cerita pasal sembelit. Tapi pasal buasir. Memang ada kena mengena sebab mereka ni ibarat saudara. Hari ni kau kena sembelit tak mustahil minggu depan buasir pula say Hello!

Buasir (piles)
Sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 


Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom buasir
1. Darah merah terang selepas anda membuang air.
2. Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?
Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. 

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir. 

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin. 

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. 

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor. 

Tip-tip mengelakkan buasir
1. Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
3. Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
4. Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
5. Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
6. Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. 

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?
1. Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
2. Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
3. Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
4. Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil. 

Kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan
1. Mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya mengecut.
2. Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
3. Cahaya inframerah.

Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi. 

Kredit : BabyCenter

Seperti ibu-ibu lain, aku harap kehamilan kali ini akan dipermudahkan. Setakat ini, Alhamdulillah, lepas ambil Ostematrix, sistem pencernaan aku bekerja dengan baik.

Cuba Ostematrix dan rasai perubahannya.
Sumber : captvitamin.com
Aku berani cakap sebab aku dah cuba. Kalau tak, memang zip mulut ketat-ketat la. Hihihi. Lambakan produk kat luar sana yang boleh korang pilih sebenarnya. Tepuk dada, tanya poket. :p

Di samping itu, ikhtiar juga dengan cara berdoa. Gittew. Meh akak ajar meh!


Okay, sekian. :)

XOXO,
sheayang