HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, July 12, 2016

Kepiluan 6 Syawal

 Bismillah.

6 Syawal 1437H, 11 Julai 2016, 1.40 petang, Kg. Senama Hilir, Rembau, Negeri Sembilan.

Tenanglah Atok di sana. Kami akan menyusul jua nanti. Semoga Atok berada di bawah lindunganNya. Kami sayang Atok. 


Walaupun aku tak rapat dengan Atok, tetap jua terasa kehilangannya. Kenangan masa kecil dengan Atok tak siapa boleh ganti. Atok seorang yang pemurah. Selalu kalau cucu cicit balik kampung nak raya dia bagi bunga api, mercun, gula-gula dll.

Aku pula jenis cucu yang balik kampung 2 kali setahun (Raya Aidilfitri & Raya Haji) hatta rumah Atok tak la jauh mana pun. Tapi tahun ni macam pecah rekod juga la. 

Cuma terkilan sikit sebab tak sempat nak belikan apa-apa untuk Atok. Wan je aku bagi sepasang baju kurung. Untuk Atok aku kata nanti dulu, last-last tak sempat dah.

Raya tahun depan dah tak sama.




Minggu pertama puasa, Atok ada kat hospital sampai la minggu ketiga. Sekali je aku datang melawat. Kesian tengok Atok terlantar je. Tapi Atok tetap Atok. Tak tunjukkan wajah duka dia. Happy go lucky je manjang. Ada pun dia komplen boring duduk hospital lama-lama. Dia pun ada cakap ni la first & last dia gi hospital.

Biasa la orang tua ni kan liat dia lain macam. Sakit pening nak gak duduk kat rumah sendiri. Kami layankan aje.



  3 Julai 2016, sempat berbuka puasa di kampung. Atok okay je time ni cuma penat la. Orang tua. :'(

Mentera Semerah Padi Atok :p

Tulisan Atok

Buku Atok

Terima kasih atas segalanya, Atok.

Al-Fatihah.

XOXO,
sheayang

4 comments

July 12, 2016 at 10:36 PM

Al fatihah. Semoga arwah atok sentiasa tenang di sana. Amin.

July 17, 2016 at 10:36 PM

Innalillah...
Alfatihah...
Semoga atok bahagia dan sejahtera di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Syurga untuk Atok sheayang. amin yra.

July 19, 2016 at 7:36 PM

Al fatihah.. inshaaAllah mendapat rahmat Allah di Sana

July 22, 2016 at 11:34 AM

Amiinn. Terima kasih semua tolong doakan.

Post a Comment