HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, July 25, 2016

7 Makanan Perlu Elak Ketika Sakit

Bismillah.

Kita ni Allah dah bagi tubuh badan sihat, kena la pandai jaga, ye dak? Tapi kalau sesekali sakit tu, janganlah dibiarkan melarat pula.

Sekarang ni ramai orang sakit bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab makan macam-macam. Ye la, betul orang tua cakap 'masa sihat la boleh makan semua; esok dah sakit, semua tak boleh makan'. Tapi sejauh mana ni nak pegang pada kata-kata itu?

Selalu orang complain makan lauk kat hospital tak sedap. Dah tu kalau nak makan sedap, tak payah duduk hospital. Melantak je kat rumah sana. Dah sakit nanti jangan pergi hospital. Terus je cari tanah kubur, korek sendiri dan masuk dalam tu. Eh, emo pula saya.

 Dah, cukup!

Ramai yang tak tau masa kita sakit ada makanan yang kita tak boleh makan. Dah tu, jom la baca.



1) Kopi
Masa demam, kesan ketara dari kafien dalam kopi boleh menyebabkan kita sakit kepala, banyak berpeluh dan hilang keseimbangan. Bukan itu saja, malah dikatakan kopi mampu melemahkan sistem kekebalan tubuh lalu melambatkan proses penyembuhan. Dah tengok iklan Panadol yang baru? Dua-dua kalau boleh kita nak elak, kan? Sudahnya, rendam kaki dalam air suam + Epsom Salt je la. Moga-moga cepat baik.



2) Keju
Kalau anda diserang cirit birit dan rasa loya, keju adalah makanan yang patut dihindarkan. Ini kerana ianya sukar dihadam sekaligus menjadikan tubuh semakin lemah. Selain itu, ia bakal melambatkan proses melawan bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan dan sakit perut. Tapi, kalau dah sihat, makan keju banyak pun takpe. Kalsium katanya.



3) Kacang
Ada bahan di dalam kacang tanah yang mampu meningkatkan suhu badan maka dengan itu ia adalah dilarang untuk dimakan ketika demam. Kacang lain boleh tak? Cuba tanya doktor anda.



4) Telur
Ketika kita menghidap sakit perut, elakkan pengambilan telur kerana enzim yang dihasilkan di dalam perut tidak mampu untuk mencerna protein di dalam telur itu. Keadaan akan bertambah teruk jika kita terus memakannya sama juga macam keju tadi.



5) Kobis dan brokoli
Ada juga sayur yang tak boleh dimakan masa sakit. Sayur ini boleh menyebabkan pertambahan gas di dalam perut dan mengakibatkan kemudaratan jika anda mengalami cirit birit. Jadi, hati-hati memilih sayur.



6) Daging
Kandungan lemak dalam daging akan melambatkan kemampuan tubuh untuk melawan kuman dan bakteria punca penyakit. Elakkan mengambilnya secara berlebihan tetapi gantikan dengan mengambil lebih sayur-sayuran.


7) Makanan ringan
Tiada zat di dalam makanan ringan yang diperlukan untuk tubuh sebaliknya kandungan lemak tepu di dalamnya bakal mengakibatkan badan sukar menghadamnya seterusnya menjadikan keadaan kesihatan kita semakin teruk.

Jadi para ibu perlu berjaga-jaga. Kita amat diperlukan untuk menjaga seluruh isi rumah. Jangan biarkan diri anda sakit dan jangan biarkan orang di sekeliling anda bertambah sakit.

XOXO,
sheayang

3 comments

July 26, 2016 at 8:09 AM

Info yang bermanfaat..

July 26, 2016 at 9:06 AM

terima kasih... info kesihatan yang patut diambil berat..

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

pemenang akan diumumkan pada 1.35 petang 26 Julai 2016

August 12, 2016 at 2:09 PM

Thanks for the info.

Satu pun akak tak makan masa sakit ni tapi still lah sakit susah nak sembuh tau!

Post a Comment