HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, April 20, 2016

Sakit Gigi, Sakit Telinga, Sakit Kepala

Assalamualaikum.

Semalam berlaku sesuatu yang agak tragis kepada diriku. Setelah lama aku menyimpan sakit gigi ini, semalam umpama bom meletus sakitnya. Pakej sekali dengan sakit telinga dan kepala. 

Sumber : Google Image

Seminggu dua ni memang dah ditakdirkan aku mengalami sakit kepala. Tapi tak lah serius. Lepas tu menyusul pula sakit gigi. Mula-mula intro je la dulu. Semalam baru dia bagi kaw-kaw. Tempias dia kena pula dekat telinga. Tiba-tiba rasa cacat, macam takde gegendang telinga pula. Dugaan.

Bila dah sakit gini, kesabaran tu menjadi kurang. Rasa nak mengamuk je. Nasib baik sakit menyucuk tu masa dah nak balik kerja. Kalau tak, maunya satu office kena hamun *berani sangat?*

Sebenarnya, aku dah lama dah plan nak pergi klinik gigi, tapi asyik terbantut je. Sayang cuti weh. Nak jumpa doktor, bukan sekejap-sekejap. Bila masa pergi check up Maryam, dok pandang je la klinik gigi tu. Jengahnya sampai ke sudah tak ada. Last aku pergi klinik gigi masa mengandungkan Maryam, 7 bulan tak silap masa tu. Punya la lewat, kan?

Semalam petang, google pasal sakit kepala. Extreme sampai ke tumor otak pun aku kaji. Tapi kajian separuh jalan je la. Tak gagah nak teruskan. Malam pula, google petua kurangkan sakit gigi. Tapi tak buat pun. Kikiki...

Aku nekad hari ni by hook or by crook, nak pergi juga klinik gigi. Takut nanti sakit melarat sampai ke urat saraf lagi bahaya. Doakan aku!

XOXO,
sheayang

7 comments

April 20, 2016 at 6:39 PM

Asalam. Semoga cepat sembuh ye?
sy follow blog ini. no 89.
tq

April 22, 2016 at 11:58 AM

Waalaikumsalam. Terima kasih sudi singgah. ;)

April 24, 2016 at 11:53 AM

get well soon..

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

April 25, 2016 at 9:23 AM

semoga cpt smbuh..
kita bw dari http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

May 12, 2016 at 12:18 PM

Terima Kasih sudi singgah ;)

May 12, 2016 at 12:19 PM

Thanks sis. Yeay!

May 13, 2016 at 11:20 PM

Sesungguhnya sakit gigi itu memang menyakitkan. Baik demam lagi daripada sakit gigi. Kalau sakit gigi, rasa nak marah orang je. Pantang buat salah sikit. Emo lebih. Hihi.

Semoga cepat sembuh awak :)

Salam perkenalan :)

Post a Comment