HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, April 13, 2016

Manusia & Amarah

Assalamualaikum.

Rindu dengan blog. Aku buka je kadang-kadang walaupun tak menulis. Bukan takde idea. Tapi desakan masa. Baru nak tulis, ada orang nak jumpa. Baru nak taip, boss panggil. Lumrah seorang pekerja. Yang penting, hujung bulan tengok CIMBClicks, muka ada sinyummm... Hihihi ;)

Boss pergi umrah. Aku doakan dia selamat pergi dan pulang. Sepanjang dia cuti, tiba-tiba kerja jadi banyak. Siapa kata bila boss takde boleh mengular? Come on, kita dah berada di alaf ke berapa ni! Cia cia cia *tetiba*

Nak cerita sedih, pasal kena marah dengan senior colleague. Sentap mak rasa. Sumpah aku bengang masa lepas kena sound tu. Partially memang salah aku. The other side pun need to be blame juga. Tak memasal nak sound pastu keep repeated salah aku. Perghhh... Bernanah hati weh. Tapi entah kenapa macam aku letgo je perasaan tu selepas lunch (balik rumah, gomol-gomol anak, maunya tak reda marah tu). Kejadian berlaku lepas aku breakfast. Nasib baik sempat telan nenasi semua.

Selang dua hari, call aku untuk minta proceed request dia. Dalam hati ada la dendam sikit. Tapi still professional. Buat yang terdaya, sebab boss pun takde untuk sign dokumen. Jadi, tak boleh la dia nak push, kan.

Semalam, jumpa aku untuk sign dokumen yang dia patut sign. Dan macam biasa la, react macam tak ada apa-apa yang berlaku. Both. Aku dan dia.

Manusia. Kadang-kadang jadi hilang pertimbangan. Amarah tak semena. Merata-rata. Sudahnya, tak ke mana. Sebab manusia ni diciptakan untuk saling memerlukan.

Kau tolong aku, aku tolong kau, konsepnya.

Aku tak dendam, cuma aku marah. Kalau terpaksa deal dengan kau pun, keadaan dah tak sama. Mungkin hambar sedikit, walaupun kau cuba perbaiki.

Sekian.

p/s : Tak perlu minta maaf, aku maafkan orang yang menyakiti aku.

XOXO,
sheayang

2 comments

April 18, 2016 at 5:05 PM

mulia nya... aku tidak begitu. huhu

April 22, 2016 at 11:59 AM

Hahaha. Alaaa... Chill je k.

Post a Comment