HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, December 15, 2014

Wahai isteri

Bismillah.

Siapa yang dah bersuami rasanya boleh ambil masa dan baca. Aku pun ambil masa untuk hadam setiap perkataan supaya aku tak lupa mana tempat aku, mana syurga aku, apa tanggungjawab aku, walapun ada kalanya diri ini mengeluh.

Sumber : www.alongsafa.com

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah"

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.

Sumber : Whatsapp


XOXO, sheAYANG

2 comments:

  1. nak nangis baca sheayang.. =( sedih.. kebetulan asben baru je eksiden moto td malam.. baca ni automatik menitik air mata.. =(

    ReplyDelete
  2. aduh nak nanges jer baca. sedih ooo !!!!

    ReplyDelete