HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, December 2, 2014

Selamat Hari Ulangtahun, kesayangans!

Bismillah.

Kau mungkin tak tau yang kau istimewa di hati kami.
Kau mungkin tak sedar kami bangga dengan kau.
Kau mungkin juga tak peduli dengan pujian yang kami beri.
Kami harap kau mengerti
Yang kau takkan punya galang ganti
Kau yang terhebat dalam hidup kami.

Abah kami.

Mencari sesuap nasi
Untuk isi perut anak bini
Membanting tulang empat kerat
Untuk melaksanakan hajat.

Abah,
Kami bukan anak yang baik
Kadang-kadang memberontak dalam diam
Kami juga bukan anak yang taat
Kerana sering juga melawan
Tapi kami tahu
Abah tetap sayangkan kami
Teguran abah adalah nasihat
Bukan untuk menyakiti kami

Terima kasih Abah
Untuk segala jasa dan bakti
Takkan terbalas dengan wang berlori-lori
Cuma doa mampu kami titipkan setiap hari.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-61.

Abah dan Orked

Untuk anak buah kesayangan Makyang.

Orked Rania
Awak comel
Selalu tolong ibu lipat kain
Selalu menyibuk kat dapur

Awak baik
Selalu kongsi barang mainan dengan abang dan adik
Selalu rajin tolong ambilkan barang

Makyang harap Orked kekal menjadi anak yang comel dan baik.

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-5!

Makyang & Orked
Cinta hati :)


XOXO, sheAYANG

9 comments:

  1. moga Allah panjangkan umurnya amiiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. by the way, Cik Iman tag kamu

      http://cikimanbobe.blogspot.com/2014/12/first-segmen-jom-blogwalking-kaw-kaw.html

      Delete
  2. semoga panjang umur abah nya dan setiasa kekal muda..heheh

    ReplyDelete
  3. Sedap nama orked ek?hehe..

    Done follow your blog. Jemput singgah dan follow blog baru zarith ye =)

    ReplyDelete