HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, October 11, 2014

Perkongsian dan Google

Bismillah.

Hari ni keadaan agak tegang dalam satu group di Facebook. Tak pasal-pasal aku yang tak pernah komen kat group tu turut menyampuk. Tak puas hati.

Walaupun insan tu dah bagi aku menang *siap bagi trofi secara maya*, cara dia menegur tidak dapat aku terima.


Topiknya sangat ringan tapi takde kena mengena dengan fungsi group tu. Yang UP post tu minta manusia-manusia dalam group tu supaya jangan tanya soalan macam budak tadika. Masalahnya, soalan macamana yang dianggap soalan budak tadika?

Takde plak aku jumpa orang tanya '1+1=?' dalam group tu.

Bagi aku, apa jua soalan akan jadi relevan kalau kena pada fungsi sebenar group tu.

Takkan la kita pergi dekat group masak-masak, kita tanya pasal macamana nak jahit tudung. Memang tak logik, kan?

Ada yang siap buat hashtag memerli. Kata mereka yang bertanya ni ibarat 'spoonfed' la, tak reti berdikari la. Hey, kalau tak tanya, mana nak tau jawapan. Memang boleh google tapi google tak boleh nak explain details. 

Lagi satu, google tu cuma enjin carian, bukan dia boleh share pengalaman dia dengan kita. Cuba tanya google, apa perasaan dia kena bekerja tanpa henti 365/24/7. Aku nak gak tau apa jawapan google tu. *kesian google tetiba jadi mangsa*

Haishhhh la manusia. Kalau dah terlebih pandai, susah jugak, kan? 

Macam-macam pe'el.

p/s : Ni post semalam. Tak sempat nak post sebab tetiba Maryam bangun plak. Ehehehe...

XOXO,
sheAYANG

2 comments

October 13, 2014 at 5:26 PM

Mcm2 ragam layan org dlm group.. Kdg mla nk layan..

October 13, 2014 at 8:00 PM

Kadang2 boleh jadi sakit jiwa kalau layan kan...

Post a Comment