HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 1] - 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang SheAyang


Bismillah.

Amboi, ketaq tangan nak sahut cabaran ni. Tapi aku cuba naaa... Kata sama-sama nak jadi blogger konsisten. Huhuhu...

Nah!

Mak Buyung with Qaseh

Ni yang paling latest ada dalam simpanan. Gambar masa raya, 2 hari sebelum melahirkan Maryam. Lepas tu tak kuasa nak ambil gambar sendiri dah. Gambar anak je penuh dalam handphone. Hehehe...

Dan fakta tentang aku :

1) Baru bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel. Gila kalau tak mengaku anak sendiri comel. Siapa lagi nak puji anak sendiri, weh?

2) Mempunyai banyak nama gelaran. Kadang-kadang sampai orang tegur kita, kita tak perasan. Panggil nama entah apa-apa.

3) Bukan orang yang suka selfie. Sebab tak rasa yang diri ni fotogenik, cuma kadangkala fotogedik sikit je. Tapi bila orang lain ambil gambar, aku suka nak menyibuk. Ahahaha

4) Suka mengemas. Tapi ikut mood la. Kalau mood mari, habis licin satu rumah kasi clear. Kalau mood tak berapa mari, ala kadar la hasilnya.

5) Pemalu dan pendiam. Yang ni toksah la nak elaborate lebih-lebih. Sendiri faham la kan.

Dah.

Task completed!

Bila baca balik, macam tak menarik. Tapi, peduli la. Asalkan ada benda nak taip. Hehehe...

Kita tunggu task seterusnya.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG