HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, July 26, 2014

#94 : Kari Ayam Mudah Sangat Tajuknya

Bismillah.

Bila dah up entry masak-memasak, otomatik akan bersilih ganti resepinya. Kalau dah time malas tu, satu apa pun tak jadi. Huhuhu...

Tajuknya hari ni adalah Kari Ayam. Suami aku hari-hari dok pekik bila nak buat kari, yang. Bila nak masak kari, yang. Sampai aku naik rimas. Aku bab kari ni kureng sikit. Tak berapa suka nak makan kecuali kalau dengan roti canai.

Tapi, demi merealisasikan hajat suami, ku turutkan juga la. Memang first try dan dia suka! Ahakz. Alhamdulillah, harapnya pujian tu ikhlas lah ye.

Kari Ayam Mudah Sangat Tajuknya!

Walaupun sememeh rupanya, jangan dinilai rasanya. Eh!

Resepi ni aku ambil dan olah dari blog Khairul Abdullah. Memang sangat mudah dan takyah nak pening-pening kepala fikirkan bahan. Resepi ni untuk 2 orang makan. Jadi la kan. Nanti masak banyak-banyak membazir pula. Akhirnya ke dalam tong sampah!

Bahan-bahan : 

  • 500g ayam (bahagian dada)
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 biji ubi kentang
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan kuali atau periuk dengan 3 sudu besar minyak masak.
  2. Tumis bawang besar dengan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari, kacau cepat-cepat dalam satu minit dan tambah sedikit air untuk mencairkan sedikit masakan tadi.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan kentang dan ayam. Kacau sebati.
  6. Biarkan seketika hingga ayam menjadi kecut dan kemudian tambahkan air. Boleh juga tambah santan jika mahu.
  7. Biarkan di atas api yang kecil selama lebih kurang 15 minint atau sehingga kentang empuk.
  8. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  9. Siap!
Senang, kan?

Siapa kata masak tu susah?

Aku.

Dulu la. Zaman jahil dan malas ke dapur. Sekarang ni kalau malas, memang suami hadiahkan tapak kaki je. Ahakzzz... 

Okay. Selamat mencuba!

XOXO,
sheAYANG