HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, June 26, 2014

#81 : Senaman untuk bakal ibu

Bismillah.

Mak pernah pesan masa mengandung jangan malas, jangan asyik tidur je, jangan itu dan jangan ini. Mak pesan juga, buat aktiviti ringan, bersenam ke kemas rumah ke, jangan duduk saja tengok tv. Kalau malas, memang susah la nak beranak nanti. Oppsss...

Jangan guna alasan 'mengandung' untuk abaikan kerja rumahtangga.

Bagi yang pernah ada sejarah keguguran, lebih baik rujuk doktor dulu tentang senaman apa yang selayaknya anda lakukan. :)

Bagi yang mengandung kali pertama, just like me, tunggu la kandungan tu kuat dulu. Rasanya, bila dah 4 bulan, dah boleh buat eksesais ringan-ringan dah. 

Meh la kita share.

Sumber : Pinterest

  1. Senaman lantai pelvik
Menurut apa yang aku baca di mana-mana buku atau laman sesawang, senaman lantai pelvik ni amat digalakkan dan paling selamat dilakukan semasa mengandung. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.

  1. Bertinggung (Squat)
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

  1. Berenang
Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil adalah berenang. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

  1. Berjalan kaki
Aktiviti berjalan boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

  1. Menaiki tangga
Senaman ini mungkin kurang diminati oleh ibu hamil tetapi faedahnya sangat baik untuk mereka. Bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

  1. Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Bagaimanapun elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan janin dalam kandungan.

Jangan lupa minum banyak air. Selamat bersenam!

Sumber : BabyCenter

XOXO,
sheAYANG