HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, May 5, 2014

#63 : Dengki & Berjaya?

Bismillah.

Dalam hidup ni, apa saja cita-cita yang kita nak kejar, kita boleh kejar. Harapnya cita-cita tu yang baik-baik aje la. Semua orang pun nak jadi orang baik-baik, kan? Tak pernah lagi aku dengar orang confess nak jadi pembunuh, perompak hatta menjadi haiwan.

Kita ni manusia. Ada akal. Bijak. Jadi, kenalah gunakan ke arah yang sepatutnya.

Kalau cita-cita tu penuh dengan hasad dengki pada orang lain, mampukah kita digelar BERJAYA?

Berjaya kerana mampu menjatuhkan orang lain. Berjaya kerana menindas orang lain dari menjadi lebih berjaya dari anda.

Fikir-fikirkanlah.


XOXO,
sheAYANG