HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, April 15, 2014

#47 : Tips mendaki gunung


Bismillah.

Hi there,

Kadang-kadang baru perasan banyak benda yang dah draft tapi belum publish. Entry ni adalah salah satunya la.

Punya la lama aku perap sejak balik dari Gunung Datuk tahun lepas. Fuhh...!

Entry sebelumnya boleh refer sini :)

Since aku dah promise nak bagi tips pada sesiapa yang nak pergi hiking, here we go!


  • Mendaki dalam kumpulan - jangan sesekali mendaki seorang diri terutama jika anda seorang wanita. Kalau yang dah profesional dan amatur tu lain cerita lah! Lebih seronok mendaki dalam kumpulan sebab kita akan rasa kurang letih. Tapi cari la teman yang sekepala dan ada minat yang sama.
  • Bawa bag yang berisi barang makanan - SETIAP orang yang mendaki tu kena bawa beg sendiri. Just in case korang sesat, tak la kebulur. Air adalah penting, jadi kena stay hydrated. Snek dan energy bar pun kena bawa sebab kita tak tau apa yang akan jadi sepanjang perjalanan kita nanti kan. 
  • Bagitau orang lain tentang plan kita - Sebelum mendaki, kena la inform family, kawan-kawan or at least post kat FB ke Twitter ke yang kata korang nak pergi mendaki. Don't just keep silence kengkonon nak bawa diri naik gunung pastu hilang untraceable. Kan dah menyusahkan orang lain gitu!
  • Peti kecemasan - Sangat penting untuk ada First Aid Kit ni. Lagi bagus kalau ada sorang dalam kumpulan tu ahli RC ke, St. John ke atau Medical Assistant kat hospital. Kalau takde, korang pandai-pandai la rawat luka sendiri :)
  • Pakaian - Kalau boleh pakai la baju dari kain jersi sebab ia ringan dan mudah kering. Dan aku tetap memilih baju yang berlengan panjang dang berseluar panjang. Jadi nanti takde la tergaru-garu, tertepuk-tepuk badan sendiri. Faham tak?
  • Bandana atau tuala kecil - Untuk mengesat peluh jantan.
  • Plan, Research & Execute - Sebelum korang pergi mendaki, buat sebanyak mungkin reserch pasal tempat yang korang nak daki tu. Tanya orang yang lebih berpengalaman atau call badan yang bertanggungjawab menguruskan tempat tu. Baru la senang nak pergi hiking king king... :)


Sumber : FaisalRahim

Sebenarnya, banyak lagi tips tapi semua base dekat korang punya common senses la. Sesiapa yang nak memulakan pendakian, aku ucapkan selamat berjaya dan selamat mendapat pengalaman baru!

XOXO,
sheAYANG