HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, May 30, 2018

Tiga Sambutan Dalam Satu Bulan

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sedar tak sedar dah penghujung Mei rupanya, kan?

Pertengahan Mei lepas banyak sambutan yang kita semua raikan. Tak sempat nak buat entri satu-satu dan sebenarnya tak berapa celebrate pun.

Friday, May 25, 2018

Pokok Sanggul Fatimah Memudahkan Proses Bersalin

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sedar tak sedar dah hari ke-sembilan kita berpuasa. Ada yang dah berlubangkah puasanya? Hihihi. ABC (baca : Allah Bagi Cuti) tak apa. 

Hari ni Shea nak kongsi dengan bakal ibu dan para ibu yang bakal melahirkan khalifah nanti tentang pokok sanggul Fatimah atau  pokok genggam Fatimah dipanggil juga sebagai Kaf Maryam di kalangan bangsa Arab.

Siapa first time dengar pasal pokok ni? Kita geng!

Sumber : www.barakabirth.com

Kalau tahu dari awal, confirm dah cari pokok ni, lepas tu jadi sejarah la Ibu melahirkan Maryam lepas minum air Kaf Maryam ni. Hihihi.

Apa fungsi pokok sanggul Fatimah ini? Ia digunakan untuk membuka pintu rahim dan memudahkan proses bersalin, inshaAllah.

Cara untuk mengamalkannya :
  • Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa. 
  • Minum segelas sehari dimulakan dengan Bismillah, doa makan dan selawat 3 kali. (Bila kandungan berusia 38 minggu)
  • Minum dua gelas sehari dimulakan dengan Bismillah, doa makan dan selawat 3 kali. (Bila kandungan berusia 39 minggu)
  • Jika sudah turun tanda hendak bersalin, mandi dengan membasahkan kepala sambil berdoa "Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini. Amiinn."
  • Minum sekerap yang mungkin bila dah berada di Labour Room.
  • Boleh juga di sapu ke perutatau dibuat mandi.

Tiada sukatan khas untuk rendaman air ini, biar lebih tak mengapa. Untuk kegunaan jangka panjang.
Pokok Sanggul Fatimah ni akan mengembang bila direndam.

JANGAN direbus atau direndam di dalam air panas kerana khasiatnya akan jadi berlainan.

Kaedah Penjagaan Pokok ini:
Jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan di tempat yang teduh atau dalam bekas berpenutup yang bersih.

Jangka hayat pokok ini selama bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

Sumber : thedailystar.net

Khasiat lain pokok Sanggul Fatimah ini ialah :
  • Mengembalikan kekuatan tenaga
  • Mengurangkan keputihan
  • Mengurangkan senggugut
  • Mengimbangi perjalanan haid
  • Mengecutkan rahim selepas bersalin
  • Menyembuhkan sakit pinggang
  • Membantu melawaskan pembuangan air kecil & besar
  • Memberi ketahanan badan & kulit
  • Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  • Menyembuhkan sakit sendi
  • Merawat kebas-kebas kaki & jari
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengawal penyakit gout
  • Baik untuk pesakit darah tinggi & kencing manis

Cara mengamalkannya :
  • Pokok di basuh bersih.
  • Rebus didalam air dengan sukatan 1.5 litersehingga mendidih.
  • Minum 1 cawan 2 kali sehari.
  • Ulang rebusan sehingga hilang warna.
  • Gantung & jemur semula selepas digunakan.

p/s : Kita ikhtiar, yang menyembuhkan hanyalah Dia.

Semoga perkongsian dari saudara Abi Chai ini berfaedah untuk kita semua.

xoxo,
sheayang

Tuesday, May 15, 2018

Tips Penyusuan Untuk Para Ibu Di Bulan Puasa

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

I bet demam #PRU14 dah habis. Semoga Allah merahmati negara kita di bawah pimpinan kerajaan yang baru.

Jadi, memandangkan lusa kita dah nak mula puasa, Shea nak kongsi sikit tips penyusuan untuk ibu-ibu menyusu ketika berpuasa.

Selalunya perkara yang merunsingkan para ibu di kala bulan puasa nanti sudah pastinya kemerosotan kadar susu yang diperah. Yes, I faced the same problem before. 

Usahlah risau wahai teman seperjuanganku. Kita ikhtiar bersama demi memberi yang terbaik untuk anak-anak yang kita cintai.


Tips Penyusuan Di Bulan Puasa.

1) Minum kuantiti air yang cukup ketika berbuka dan bersahur.
Bila badan kurang air, kita akan cepat letih dan tak bermaya. Mohon ibu-ibu elakkan dari dehidrasi. Bila menyusukan bayi, memang kita akan rasa lapar dan dahaga, maka air sangat penting untuk badan kita tau.

2) Jus pegaga untuk tambah tenaga dan susu.
Ini akan masuk dalam wishlist. Dah lama rasanya tak makan ulam daun pegaga, sekali buat jus, mesti menyelerakan juga ni. Boleh dicampur dengan sebiji epal hijau, jus lemon dan madu.

3) Jangan lupakan sahur.
Sahur ini ibarat sarapan pagi. Bila kita tak sarapan, mula la badan rasa lemau je, kan. Jadi, pengambilan makanan berat ketika sahur dapat menyumbang lebih tenaga untuk bekerja sepanjang hari serta membantu pengeluaran susu.

4) Makan madu.
Khasiat madu memang tak dapat disangkal. Jadi, pengambilan madu dapat meningkatkan kadar serapan kalsium dalam dalam badan.

5) Rehat, rehat, rehat.
Dapatkan rehat secukupnya. Kalau boleh elakkan aktiviti lasak sepanjang bulan puasa.

6) Pam susu.
Bagi ibu bekerja seperti Shea, rutin mengepam susu mungkin akan berubah sedikit. Untuk mengelakkan bekalan susu terjejas, biasanya Shea akan pam pada masa sebelum Subuh, selepas Zohor, selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.

7) Elakkan kafein.
Kafein ada khasiat tersendiri tapi untuk ibu menyusu, produksi susu boleh terganggu dengan pengambilan kafein ini. Elakkan pengambilan kafein untuk sebulan ni je please.

8) Diet yang seimbang.
Ibu menyusu perlu utamakan diet protein dan kalsium. Pengambilan sayurar-sayuran, ayam dan daging sangat diperlukan. Jangan lupa minum susu juga.

9) Jus Susu Kurma ketika bersahur.
Sejak Shea mengamalkan pengambilan susu kurma pada Ramadhan yang lepas, perut dah kurang meragam. Ternyata ia sangat mengenyangkan dan kurma pun sangat membantu untuk memekatkan susu badan. Bayi pun pasti kenyang!

10) Ketenangan fikiran.
Jangan merasa tertekan dan takut susu tidak cukup untuk bayi anda. Kita harus kekal positif untuk menjana hormon oksitoksin yang mengeluarkan susu ibu. Jadi, para ibu mohon bertenang ye.

Selamat meyambut Ramadhan Karem semua!

Sekian. 

xoxo,
sheayang