Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Sedar tak sedar dah hari ke-sembilan kita berpuasa. Ada yang dah berlubangkah puasanya? Hihihi. ABC (baca : Allah Bagi Cuti) tak apa.
Hari ni Shea nak kongsi dengan bakal ibu dan para ibu yang bakal melahirkan khalifah nanti tentang pokok sanggul Fatimah atau pokok genggam Fatimah dipanggil juga sebagai Kaf Maryam di kalangan bangsa Arab.
Siapa first time dengar pasal pokok ni? Kita geng!
Sumber : www.barakabirth.com |
Kalau tahu dari awal, confirm dah cari pokok ni, lepas tu jadi sejarah la Ibu melahirkan Maryam lepas minum air Kaf Maryam ni. Hihihi.
Apa fungsi pokok sanggul Fatimah ini? Ia digunakan untuk membuka pintu rahim dan memudahkan proses bersalin, inshaAllah.
Cara untuk mengamalkannya :
- Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa.
- Minum segelas sehari dimulakan dengan Bismillah, doa makan dan selawat 3 kali. (Bila kandungan berusia 38 minggu)
- Minum dua gelas sehari dimulakan dengan Bismillah, doa makan dan selawat 3 kali. (Bila kandungan berusia 39 minggu)
- Jika sudah turun tanda hendak bersalin, mandi dengan membasahkan kepala sambil berdoa "Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini. Amiinn."
- Minum sekerap yang mungkin bila dah berada di Labour Room.
- Boleh juga di sapu ke perutatau dibuat mandi.
Tiada sukatan khas untuk rendaman air ini, biar lebih tak mengapa. Untuk kegunaan jangka panjang.
Pokok Sanggul Fatimah ni akan mengembang bila direndam.
JANGAN direbus atau direndam di dalam air panas kerana khasiatnya akan jadi berlainan.
Kaedah Penjagaan Pokok ini:
Jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan di tempat yang teduh atau dalam bekas berpenutup yang bersih.
Jangka hayat pokok ini selama bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.
Sumber : thedailystar.net |
Khasiat lain pokok Sanggul Fatimah ini ialah :
- Mengembalikan kekuatan tenaga
- Mengurangkan keputihan
- Mengurangkan senggugut
- Mengimbangi perjalanan haid
- Mengecutkan rahim selepas bersalin
- Menyembuhkan sakit pinggang
- Membantu melawaskan pembuangan air kecil & besar
- Memberi ketahanan badan & kulit
- Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
- Menyembuhkan sakit sendi
- Merawat kebas-kebas kaki & jari
- Membuang angin dalam badan
- Mengawal penyakit gout
- Baik untuk pesakit darah tinggi & kencing manis
Cara mengamalkannya :
- Pokok di basuh bersih.
- Rebus didalam air dengan sukatan 1.5 litersehingga mendidih.
- Minum 1 cawan 2 kali sehari.
- Ulang rebusan sehingga hilang warna.
- Gantung & jemur semula selepas digunakan.
p/s : Kita ikhtiar, yang menyembuhkan hanyalah Dia.
Semoga perkongsian dari saudara Abi Chai ini berfaedah untuk kita semua.
xoxo,
sheayang
mek tak pernah dgr this pokok. nice sharing. yes, kita usaha selagi mampu
ReplyDeleteShea pun first time dengar. Alhamdulillah, dapat share ilmu. Next baby boleh la try.
DeleteAna pernah dengar sebelum ni. Ramai juga yang amalkan sebagai ikhtiar mereka.
ReplyDeleteUntung pernah dengar. Dah tau fungsinya, boleh la amalkan ye.
Delete