HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, January 30, 2017

Definitely Feeling Down


Bismillah.


Januari bukan bulan permulaan yang baik untuk aku. Satu persatu dugaan aku kena tempuh. Bab paling susah, bila kena buat keputusan sendiri. Menangis tu usah cakap la. Dalam kereta, dalam bilik air, memang dah jadi port. Nak mengadu, tak tau nak mula. Maka, pendam je la sendiri. Blog ni pun aku sayang sebab banyak simpan rasa hati ini.

Entri sebelum ni aku ada mention yang aku kena pergi ambil darah. Appointment pagi tu dengan KKIA tetap on macam biasa. Check perut semua dan masih sama keadaannya. Petang tu, pergi ambil darah di Hospital pula. Ingatkan lepas tu boleh balik dah. Punya la blur masa tu. Rupanya kena jumpa pakar juga. Maka dari pukul 2pm sampai hampir pukul 5pm baru aku dapat jumpa doktor. Punya la kematu bontot duduk kat kerusi je. Takut kalau pergi mana-mana nanti tiba-tiba nama kena panggil pula.

Jumpa doktor kejap je rasa macam tak sampai 5 minit, lepas tu suruh tunggu kat luar, nak scan baby pula nanti. Dalam 20 minit lepas tu baru dapat scan baby. Dan di situ la segalanya bermula. Uri baby masih ke bawah at 29 weeks. Lepas tu dia cakap pasal position baby in extended breech. Aku tak faham tapi aku pernah ada kawan juga dulu yang baby dia dalam keadaan macam tu. Bagi aku macam tak serius sangat sebab dia warded sehari je masa tu.

Akhirnya, doktor risau dan terpaksa ambil keputusan untuk wardedkan aku, tapi....

Aku dah letih!

Dan aku ambil keputusan sendiri. Tandatangan Surat Akuan Tidak Mahu Masuk Wad atas kerelaan. Tipu la aku tak risau keadaan baby dalam perut dan ya, aku mengaku agak sedikit selfish juga. Aku tak nak kerja tertunggak lama dan tak nak tinggalkan Maryam lagi. Sayu hanya Allah je yang tahu. Bertakung dah airmata masa nak sign surat tu.

Dalam kereta, sambung nangis sampai la ke depan office. Orang lain dah balik, aku baru sampai. Stayback sampai pukul 7pm dan settlekan mana yang mampu. Hati memang rasa tak tenang, dengan kata-kata doktor yang terngiang-ngiang kat telinga ni.

Balik rumah sambung nangis depan husband. Memang down jadinya sepanjang hari tu.

Maka, aku ambil masa untuk muhasabah diri. Dan hari ni aku okay. Aku harap dapat kekalkan kepositifan ni untuk next next next check up nanti.

Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hamba itu sendiri. InshaAllah. Doakan aku terus kuat!

XOXO,
sheayang

Monday, January 23, 2017

28 minggu : Dugaan


Bismillah.


Taktau nak mula tang mana. Seminggu lepas memang aku banyak je freetime (sepatutnya) untuk update blog. Tapi dek kerana kekusutan fikiran memikirkan apa yang akan jadi pada aku, pada baby, maka aku lupakan la kejap blogging activity. But still aku intai-intai juga la update blogger lain.

Dalam entri sebelum ni aku ada mention yang aku kena pergi follow up di Hospital Melaka pada 16/01/2017. Dan akhirnya ia bertukar menjadi tragedi. 

Doktor mohon wardedkan aku. What? Warded? Again? In Melaka? NO!

Haishhh... Memang banyak dugaan aku pregnant kali ni. Mengeluh tu memang tak dapat dielakkan. Tipu la kalau aku tak kecewa bila benda-benda yang kita taknak, jadi kat kita, kan? Tapi aku hadap juga la.

Selepas bincang dengan husband, kitorang setuju untuk aku diwardedkan tapi bukan di Hospital Melaka tapi di Hospital Alor Gajah. Nearer to home. Dari Melaka kami bergerak ke Alor Gajah dan aku menyerahkan diri ke hospital. Rasa bersalah sangat kat Maryam masa ni. Sob sob.

Punca warded? 

Doktor suspect aku Tachycardia.


Macam-macam ujian kena lalu. Sampai satu masa tu aku give up juga. Dah la bawa perut, dengan keadaan baby kat dalam yang kita tak tau macam mana. Lepas tu didiagnose dengan penyakit entah tak pernah dengar. Lepas tu berjangkit pula dengan penyakit-penyakit lain. Sampai aku pun confused, berapa penyakit yang aku ada ni.

Rasa macam jadi bahan eksperimen pun ye gak.

Namun, kena redha juga. Sebab keputusan tu kami yang pilih. 

Selain tachycardia ni, doktor juga suspect aku anemia (dah buat blood transfusion seperti rajah di atas), air ketuban beerlebihan, uri ke bawah, dan juga GDM (jangan google pls).

Ni kalau baru interview kerja, confirm awal-awal dah kena reject ni. Kemain list penyakitnya ha. Eh, cakap pasal kerja, memang aku nak elak, tapi kena la selit sikit. Dengan status aku sebagai pekerja kontrak ni, takut juga terjejas reputasi dek kena warded lama ni. Tapi aku yakin, boss baik, ada timbangrasa, harap jangan la tamatkan kontrak aku. Bukan senang wooo nak cari kerja sekarang. Nak-nak pula duduk kawasan macam ni ha. Kalau boleh sambung, sambung la. Kalau boleh tetap, lagi bagus. Alhamdulillah. Mungkin itu hikmah di sebalik kejadian warded ni. :)

Aku dapat discharged pada hari Sabtu malam selepas doktor pun tak dapat nak classifiedkan kes aku ni macam mana. Kesian doktor!

Tapi aku still kena pergi lagi satu (harap yang last) exam yang dipanggil Echocardiogram, esok. 

Oh, ada lagi la lepas tu, kena ambil darah lagi Khamis nanti. Doakan aku terus tabah dan positif. Nak cerita panjang-panjang kang takut juga tak cukup space nak menulis, tambah kang lagi berjurai air mata keluar. Huhuhu.

Doakan aku, please!

Sayang korang ketat-ketat! :)

Tenang saja kamu di dalam okay sayang!

XOXO,
sheayang

Saturday, January 14, 2017

Recall Barang Bayi, Ibu & Beg Hospital


Bismillah.

Sumber : Babycenter

Hai semua. Lama rasanya tak bersiaran. This is just a quick update before going out for shopping. Shopping sangat kan tengah-tengah bulan ni. 

Kena ada aktiviti because if not I will get bored. Bukan aku je, Maryam pun. Keluar pun ada tujuan. Nak cari barang baby. Have to start now just in case anything happen dah prepare semua awal. Tak ada la nanti orang kalut cari barang kita tak jumpa. 

And now, tiba-tiba hubby whatsapp tanya nak keluar ke tak. And I like... Hurmmm. Tak kisah la.

Tak apa. Forget it. Maybe some other time. 

Tengah belek blogpost lama-lama dulu just to recall barang apa yang dah ada, tak payah beli, kena beli dan yang tak perlu. 

Blogpost pasal beg hospital ni antara yang popular dan memang kena refer balik everytime beranak. Senang kerja.

List barang bayi dan ibu ni sangat-sangat penting. Once dah beranak, tak dan dah nak pergi shopping complex dan cari. Kena la harap kat orang lain. Kadang-kadang tu, tepat tapi selalunya tak kena dengan citarasa. Memendam rasa je la lepas tu dalam pantang. Perghhh...

Due to result check up yang tak best hari tu, aku kena refer kat Hospital Melaka hari Isnin nanti untuk follow up. Apa kesnya? Nanti la story. Memang jadi down je kalau fikir. Tapi tapi tapi, for the sake of the baby, Ibu kena la positif dan kuat serta tabah. Just like me during first time pregnancy. Apapun masalah, tetap kena hadap. And whatever it is, you are still my baby. Okay baby.

Stay strong in there!

XOXO,
sheayang

Friday, January 6, 2017

Hello 2017


Bismillah.


Cuti sudah habis, bro! Tapi esok cuti lagi.

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-6 dalam bulan Januari. 2016 was awesome, but I hope 2017 will be more merrier. Banyak sebenarnya yang aku dah ketinggalan untuk update terutama benda-benda penting dalam hidup. Nak buat recap pun dah lambat. Jadi, kita teruskan kehidupan di tahun baru ini ye. Masa tu tak boleh dihentikan pun. Nak tak nak kena hadap juga.

Perancangan untuk 2017 ni sangat banyak. Sampai tak sempat nak catat. Letak dalam kepala otak je. Maka, kalau hilang data dalam ingatan, terlebur la perancangan itu.

Entri pendek sempena tahun baru supaya aku sedar yang blog ni masih ada, dan aku masih lagi bernyawa.

Take care everyone and Happy 2017!

XOXO,
sheayang