HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, January 30, 2017

Definitely Feeling Down


Bismillah.


Januari bukan bulan permulaan yang baik untuk aku. Satu persatu dugaan aku kena tempuh. Bab paling susah, bila kena buat keputusan sendiri. Menangis tu usah cakap la. Dalam kereta, dalam bilik air, memang dah jadi port. Nak mengadu, tak tau nak mula. Maka, pendam je la sendiri. Blog ni pun aku sayang sebab banyak simpan rasa hati ini.

Entri sebelum ni aku ada mention yang aku kena pergi ambil darah. Appointment pagi tu dengan KKIA tetap on macam biasa. Check perut semua dan masih sama keadaannya. Petang tu, pergi ambil darah di Hospital pula. Ingatkan lepas tu boleh balik dah. Punya la blur masa tu. Rupanya kena jumpa pakar juga. Maka dari pukul 2pm sampai hampir pukul 5pm baru aku dapat jumpa doktor. Punya la kematu bontot duduk kat kerusi je. Takut kalau pergi mana-mana nanti tiba-tiba nama kena panggil pula.

Jumpa doktor kejap je rasa macam tak sampai 5 minit, lepas tu suruh tunggu kat luar, nak scan baby pula nanti. Dalam 20 minit lepas tu baru dapat scan baby. Dan di situ la segalanya bermula. Uri baby masih ke bawah at 29 weeks. Lepas tu dia cakap pasal position baby in extended breech. Aku tak faham tapi aku pernah ada kawan juga dulu yang baby dia dalam keadaan macam tu. Bagi aku macam tak serius sangat sebab dia warded sehari je masa tu.

Akhirnya, doktor risau dan terpaksa ambil keputusan untuk wardedkan aku, tapi....

Aku dah letih!

Dan aku ambil keputusan sendiri. Tandatangan Surat Akuan Tidak Mahu Masuk Wad atas kerelaan. Tipu la aku tak risau keadaan baby dalam perut dan ya, aku mengaku agak sedikit selfish juga. Aku tak nak kerja tertunggak lama dan tak nak tinggalkan Maryam lagi. Sayu hanya Allah je yang tahu. Bertakung dah airmata masa nak sign surat tu.

Dalam kereta, sambung nangis sampai la ke depan office. Orang lain dah balik, aku baru sampai. Stayback sampai pukul 7pm dan settlekan mana yang mampu. Hati memang rasa tak tenang, dengan kata-kata doktor yang terngiang-ngiang kat telinga ni.

Balik rumah sambung nangis depan husband. Memang down jadinya sepanjang hari tu.

Maka, aku ambil masa untuk muhasabah diri. Dan hari ni aku okay. Aku harap dapat kekalkan kepositifan ni untuk next next next check up nanti.

Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hamba itu sendiri. InshaAllah. Doakan aku terus kuat!

XOXO,
sheayang

3 comments:

  1. Ya Alllah shea :( Harap shea tabah hadapi setiap ujian yang Alalh bagi. Betul cakap shea, Allah bagi ujian pada kita yang mampu ditanggung oleh hambaNya. Insyallah nanti baik2 je :)

    Siqah takde pengalaman mengandung. Mampu beri kata2 semangat saja shea. Hope semuanya baik nanti ye :)

    ReplyDelete
  2. @Siqah Hussin Thank you siqah. InshaAllah akan kuat dan gagah.
    Doakan nanti awak dapat rasa pengalaman mengandung yang indah, inshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih shea doakan siqah :) Amin ❤ Take care tau :)

    ReplyDelete