Bismillah.
Taktau nak mula tang mana. Seminggu lepas memang aku banyak je freetime (sepatutnya) untuk update blog. Tapi dek kerana kekusutan fikiran memikirkan apa yang akan jadi pada aku, pada baby, maka aku lupakan la kejap blogging activity. But still aku intai-intai juga la update blogger lain.
Dalam entri sebelum ni aku ada mention yang aku kena pergi follow up di Hospital Melaka pada 16/01/2017. Dan akhirnya ia bertukar menjadi tragedi.
Doktor mohon wardedkan aku. What? Warded? Again? In Melaka? NO!
Haishhh... Memang banyak dugaan aku pregnant kali ni. Mengeluh tu memang tak dapat dielakkan. Tipu la kalau aku tak kecewa bila benda-benda yang kita taknak, jadi kat kita, kan? Tapi aku hadap juga la.
Selepas bincang dengan husband, kitorang setuju untuk aku diwardedkan tapi bukan di Hospital Melaka tapi di Hospital Alor Gajah. Nearer to home. Dari Melaka kami bergerak ke Alor Gajah dan aku menyerahkan diri ke hospital. Rasa bersalah sangat kat Maryam masa ni. Sob sob.
Punca warded?
Doktor suspect aku Tachycardia.
Macam-macam ujian kena lalu. Sampai satu masa tu aku give up juga. Dah la bawa perut, dengan keadaan baby kat dalam yang kita tak tau macam mana. Lepas tu didiagnose dengan penyakit entah tak pernah dengar. Lepas tu berjangkit pula dengan penyakit-penyakit lain. Sampai aku pun confused, berapa penyakit yang aku ada ni.
Rasa macam jadi bahan eksperimen pun ye gak.
Namun, kena redha juga. Sebab keputusan tu kami yang pilih.
Selain tachycardia ni, doktor juga suspect aku anemia (dah buat blood transfusion seperti rajah di atas), air ketuban beerlebihan, uri ke bawah, dan juga GDM (jangan google pls).
Ni kalau baru interview kerja, confirm awal-awal dah kena reject ni. Kemain list penyakitnya ha. Eh, cakap pasal kerja, memang aku nak elak, tapi kena la selit sikit. Dengan status aku sebagai pekerja kontrak ni, takut juga terjejas reputasi dek kena warded lama ni. Tapi aku yakin, boss baik, ada timbangrasa, harap jangan la tamatkan kontrak aku. Bukan senang wooo nak cari kerja sekarang. Nak-nak pula duduk kawasan macam ni ha. Kalau boleh sambung, sambung la. Kalau boleh tetap, lagi bagus. Alhamdulillah. Mungkin itu hikmah di sebalik kejadian warded ni. :)
Aku dapat discharged pada hari Sabtu malam selepas doktor pun tak dapat nak classifiedkan kes aku ni macam mana. Kesian doktor!
Tapi aku still kena pergi lagi satu (harap yang last) exam yang dipanggil Echocardiogram, esok.
Oh, ada lagi la lepas tu, kena ambil darah lagi Khamis nanti. Doakan aku terus tabah dan positif. Nak cerita panjang-panjang kang takut juga tak cukup space nak menulis, tambah kang lagi berjurai air mata keluar. Huhuhu.
Doakan aku, please!
Sayang korang ketat-ketat! :)
Tenang saja kamu di dalam okay sayang! |
XOXO,
sheayang
You can do it Rimi! Telan pahit dulu sebelum menikmati kemanisan. Hah gituhh
ReplyDelete@Ayu Sliping Yesss... Saya harap sangat manisnya datang kemudian. :P
ReplyDeleteInsyallah. Harap bos shea memahami keadaan shea ye :))
ReplyDelete