HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Friday, January 6, 2017

Hello 2017


Bismillah.


Cuti sudah habis, bro! Tapi esok cuti lagi.

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-6 dalam bulan Januari. 2016 was awesome, but I hope 2017 will be more merrier. Banyak sebenarnya yang aku dah ketinggalan untuk update terutama benda-benda penting dalam hidup. Nak buat recap pun dah lambat. Jadi, kita teruskan kehidupan di tahun baru ini ye. Masa tu tak boleh dihentikan pun. Nak tak nak kena hadap juga.

Perancangan untuk 2017 ni sangat banyak. Sampai tak sempat nak catat. Letak dalam kepala otak je. Maka, kalau hilang data dalam ingatan, terlebur la perancangan itu.

Entri pendek sempena tahun baru supaya aku sedar yang blog ni masih ada, dan aku masih lagi bernyawa.

Take care everyone and Happy 2017!

XOXO,
sheayang

Friday, January 9, 2015

Terima Kasih 2014, Selamat Datang 2015.


Bismillah.

Alamak! Tertinggal keretapi.

Dah lebih seminggu tahun baru nak terhegeh-hegeh taip entri. Cari idea nak merapu.


To be honest tahun 2014 banyak meninggalkan kenangan pahit bukan bagi aku sorang tapi aku pasti buat orang lain juga. Cerita MH370 tak pernah basi sampai ke hari ni. Menjadikan kita rakyat Malaysia bersatu. Berita MH17 tambah menggemparkan. Kita pasrah dengan dugaan.

Itu baru hal negara, belum masuk hal jiwa raga, hal famili, hal kerja. Kan kan kan?

Tapi tipu la kalau dalam pahit tu ada juga manisnya. Aku delivered baby girl in August 2014. That's the most precious moment in life. Pastu, first year celebrate anniversary and birthday as a mother. The feelingggg... Fuhhh, cant tell la. Kena hadap sendiri baru dapat rasa.


Malam new year sempat bawak Maryam pergi meronggeng kat A'Famosa Cowboy Town. Ada New Year Party katanya. Entry fee RM15. Tahun depan tak tau la naik ke tak.

Apa yang best?

Ada bunga api la. Tu je. Ahahaha. Alaaa... Kat sini hari-hari ada bunga api, tunggu je la kat luar A'Famosa tu dalam pukul 10.45pm.

Maryam plak tengah bunga api dentum dentam boleh plak bantai tido. Kemain lena lagi, langsung takde terkejut2. Sabar je la. Anti klimaks betul anak dara sorang ni.

Ibu Babah Maryam

Ni je la rasanya gambar yang elok masa kat sana. Monopod ada tapi nak tangkap gambar tu punya la payah. Nasib ada kawan yang follow. Boleh la fefeling jadi model tak cukup tinggi jap.

Melalut sudah.

Bila masuk tahun baru, kalau tak cerita pasal azam, memang tak sah. Tapi nanti la dalam entri lain plak.

Tataaa...

Eh, Selamat Tahun Baru, korangggg.. Babai 2014.


XOXO, sheAYANG