HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, April 18, 2018

Tips Untuk Mendapatkan Kulit Sihat


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hari-hari bangun tidur apa yang anda buat dulu? Kalau Shea, tengok ada tak kedut-kedut baru muncul kat muka. Hihihi.Tapi serius la bila umur dah meningkat ni, segala benda kita cepat rasa nak risau. Uban keluar sehelai boleh buat mood swing. Kuku bengkok pun rasa nak nangis. Macam-macam,kan? 

Adat la. Nama pun perempuan.

Jadi, Shea nak kongsi la sikit ilmu kecantikan di blog yang tak seberapa ni. 

Tips pertama nak dapatkan kulit yang sihat cantik gebu, kena minum air yang cukup. Ini sangat asas tapi jangan la sampai korang ambil air cukup, esok terus kulit jadi anjal. Orang kampung Shea kata, nampak na membongak eh

Air yang cukup bersamaan 40ml darab dengan berat badan anda. Cuba la kali, dapat berapa. Lepas tu PM Shea. Hihihi. Rahsia kita je tau.

Tips kedua ialah elakkan stress. Stress ni sangat bahaya dan mengundang pelbagai penyakit. Sebab tu kita kena chill-chill je supaya pengedutan kulit tu takut-takut nak dekat dengan kita. Kalau hari-hari nak mengamuk sebab baca masalah orang lain kat KRT siap komen bagai tu, itu fasa makcik bawang Holland dah tu. Jauh perginya!

Tips yang ketiga pula belai la kulit korang selalu. Skincare routine jangan ditinggalkan. Kulit kan organ kita yang terbesar. Pakar kulit selalu pesan, kalau keluar rumah digalakkan pakai sublock. Sekarang ni sunblock pun dah ada macam-macam jenis dan banyak peringkat SPF. Pilih je mana yang korang berkenan.

Pernah dengar tak orang kampung sebelah cakap, what you eat is what your are ATAU you are what you eat. Pemakanan yang sihat sangat diperlukan untuk mengekalkan kulit yang sihat berseri bak bunga sakura. Ha, tetiba bunga sakura kan baru la fefeeling artis Korea sikit. 

Selamat mencuba!

XOXO,
sheayang

Monday, April 9, 2018

Nasihat Untuk Bakal-Bakal Ibu


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Harap dalam keadaan baik hendaknya. Alhamdulillah last week dah selamat buat majlis aqiqah untuk Ilham Mizwar Rizqy tanpa kehadiran keluarga tercinta. Sob sob. Agak sedih juga tapi orang tua kata barang yang lepas jangan dikenang. Hihihi. Chill je okay.

Cerita pasal Majlis Aqiqah tu later la, kalau rajin nak update. Since tak ada gambar yang elok pun diambil semasa majlis, kita let go dulu la ye.

Tahun ni, beberapa orang teman yang teah menjadi ibu buat pertama kali dan juga teman-teman yang bakal menempuh saat itu.

Sebagai seorang teman yang 'been there, done that', ada la nasihat sikit nak kongsi. Nak baca, bacalah, tak nak baca, jangan kecam pula. Tapi bila dah baca dan tetap nak kecam, silakan. Akak terima dengan hati terbuka, diknon! Hihihi.



Dimulakan dengan :

1. Semasa dan selepas mengandung, ramai orang akan kongsi pendapat dengan anda. Macam apa yang aku buat sekarang ni la, bagi nasihat. Kadang-kadang rasa macam annoying juga, kan (akak faham) nak-nak pula part yang kita macam malas nak ambil kisah sangat tapi dengar je la. 

2. Jangan serius sangat. Bila orang dah bagi nasihat, don't take every advice so serious. Banyak nasihat yang korang kena dengar dan tak kan satu persatu korang nak ambil pusing. Pening kepala pula nanti. Angguk, senyum dan move on je la.

3. Nesting period. Part ni aku paling suka sebab waktu bersalin dah dekat dan kita pun dah siap sedia. Berkemas sakan rumah masa ni sebab lepas bersalin, dah tak boleh buat kerja berat lagi, kan. Kita dah atur baik punya dan boleh beranak dengan tenang. Teringat masa bersalin Mizwar, tiba-tiba terkenang baju kerja suami belum basuh lagi. Chait! Potong stim nak beranak.

4. Feeling insecure. Bila orang datang nak melawat baby, kita akan rasa lain bilamana mereka start pegang anak kita. Pass our baby from hand to hand while we are there watching them. It's normal. Kita nak set the rules pun kadang-kadang rasa macam tak proper cuma kalau kita rasa perlukan ruang, ask them not to visit during confinement period. Senang, kan?

5. Kita akan rasa anak kita yang paling cute. Walaupun orang pandang anak kita biasa-biasa je, tapi kita tetap rasa anak kita paling comel, sebab anak kita, kan. Peduli la orang lain nak cakap apa. Tapi jangan sampai keji anak orang lain ye.

6. Memandikan anak di sinki lebih mudah. Kita tak perlu nak mencangkung terlalu lama atau duduk dalam posisi yang ke bawah sangat. 

7. Setkan rutin harian seeloknya sejak bayi dalam kandungan lagi. Rakan sekerja ingatkan aku untuk guna cara ni masa mengandung kali kedua, tapi selalu lupa sebab kepenatan. Seeloknya ajar bayi tentang rutin mereka sebab masa mereka masih kecil ni la lebih senang nak diajar.

8. Perkembangan setiap bayi berbeza. Jadi, jangan rasa lemah atau kecewa bila bayi anda tak mencapai milestones itu. Milestones tu jangkaan je. Our babies are special so treat them well, give them support and let them enjoy. Pasti ada kelebihan di sebalik kelemahan, kan?

9. Sikit-sikit nak jumpa doktor. Ini memang sindrom first time mom, so please take note. It happens because we have no experiences handling baby before, so it is normal to worry. Jadi, jangan malu untuk bertanya pada yang lebih berpengalaman seperti mak, kakak atau jiran kita. 

10. Hobi membeli barangan anak akan muncul. Dari baju hingga ke barang mainan, kita sanggup scroll dari IG ke IG lain, dari satu kedai ke kedai lain, dari satu mall ke mall lain. Biasanya, anak pertama akan dapat kelebihan 2 in 1, first hand products AND branded one! Agree? Bila dah jadi ibu, kena la bijak dalam berbelanja, okay?

Kalau korang rasa nasihat kakak tak lengkap, kasi komen sikit. Kita touch up later. Hihihi.

Sekian.

p/s : Gila lama entri ni terperuk, so I think today is the day. Ampun korang!

XOXO,
sheayang

Thursday, March 29, 2018

Ilham Mizwar Rizqy Turns 1

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

How's your day? Hope everything goes well. Okay. I force myself to write this entry by the way because today is a very special day. 

It's my son's birthday.

Alhamdulillah, he's doing fine and growing up well. Syukran Ya Allah.


Dalam tempoh setahun ni, macam-macam perangai dah dia buat. Semalam, dia baru cuba-cuba nak melangkah. Baru setapak, dah mengalah. Tapi dia cepat bangkit, belum mahu menyerah. Dan Ibu harap kamu akan kekal gagah.

  

Setiap ibubapa ada harapan setinggi gunung untuk anak-anaknya lebih-lebih lagi anak lelaki. Mustahil untuk ibu harapkan yang terbaik dari kamu sedangkan Ibu sendiri banyak khilafnya dalam membesarkan kamu tapi Ibu mohon kalau Ibu ada buat salah sepanjang membesarkan kamu nanti, tegurlah Ibu. Jadilah seorang lelaki yang budiman. Jaga akhlak, hiasi peribadi. Okay?

Ilham Mizwar Rizqy, namamu dipilih oleh Babah. 

Katanya, Mizwar di tempat kerja seorang engineer. Miszua di sebelah Labu seorang doktor. Jadi, Ibu tidak bantahan untuk nama itu. Bukanlah Ibu nak kamu jadi doktor/jurutera, cumanya nama itu terserlah nama yang baik jadinya. Baik untuk kamu juga nanti, nak, inshaAllah. Rizqy pula diberi kerana dengan kehadiran kamu umpama membuka peluang-peluang rezeki untuk Ibu Babah. Kita ada  sebuah rumah untuk berteduh, kita ada lebihan duit tabungan, orang sedekahkan macam-macam untuk kamu. Tak sarat sangat kepala otak Ibu ni nak memikirkan persiapan untuk menyambut kehadiran kamu.

Ilham membawa maksud sumber, inspirasi. Bilamana kakak kamu seorang Ilhamina, maka kamu adalah Ilham kami. As simple as that. ;)

Anak,

Always remember that my love for you has no border. There are always empty spaces in my heart for my precious. My du'as always be with you. Be good and be nice to others and do not hurt others feeling. Take care of yourself and your siblings. Pray for Ibu Babah always and obey to our creator, Allah swt.

Ibu taknak cerita banyak kat sini sebab nanti meleleh pula air mata yang mahal ni. Muahaha. Ibu balik nanti kita story okay. Walaupun Ibu tau kamu tak respon atau tak kisah apa Ibu cakap, yang penting Ibu dah luahkan pada kamu. Hihihi.


And.


Ibu kopipes sikit-sikit. Hahaha.

xoxo,
Ibu

Sunday, March 18, 2018

Penat Tapi #KitaOK


Bismillah.

Assalamualaikum & Hi semua.

I don't feel like writing. I do love to write tapi ada je halangan dan kekangan yang mencemburui. Idea tu sentiasa ada tapi tenggelam timbul la. Bila tak menulis, laju mencurah-curah je idea datang. Bila dah menghadap laptop, eh semua lari berciciran. 

Sedih.


Aku rindu zaman menulis puisi. Simple but deep. Hanya kita faham apa kita tulis. Orang lain mungkin boleh meneka, tapi tak semestinya tepat. 

Tapi, zaman sekarang bukan zaman nak berpuitis. Sekarang, cakap direct depan-depan kalau pendam jadi nanah, hati susah, tidur tak lena, menyimpan amarah.

Ha, nampak tak signifikannya di situ.

Eh, kakak dah melalut jauh ni. Rasa menyampah pula dengan diri sendiri bila cakap benda tak berfaedah ni. Oleh kerana medium ini je kakak paling jarang update tapi paling sayang, jadi kakak bagi la royanan ni sikit untuk kita sama-sama kongsi.

Sharing is caring, kan kan kan?

Take care korang. Jumpa lagi tak tahu bila. Doakan yang terbaik untuk hidup kakak.

#KitaOK

xoxo,
sheayang