HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, May 30, 2018

Tiga Sambutan Dalam Satu Bulan

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sedar tak sedar dah penghujung Mei rupanya, kan?

Pertengahan Mei lepas banyak sambutan yang kita semua raikan. Tak sempat nak buat entri satu-satu dan sebenarnya tak berapa celebrate pun.


Hari Ibu


Kami adik beradik tak berkumpul untuk meraikan emak kami sebab minggu sebelum tu kami dah balik. Hihihi. Jadi, kami cuma kirimkan chocolate bouquet untuk emak tercinta. Puisi pun tak sempat karang dek ketandusan masa dan idea. Dulu rajin la nak berpuitis, sekarang nak cari masa yang aman pun payah. Aman masa tidur je la, itu pun ala kadar je tahap keamanannya. Eh, berapa banyak aman daaa...

Ada orang kata, nak buat baik dengan mak ni tak kira masa. Bagi kakak, tak salah kalau nak celebrate sebagai tanda penghargaan, kan? Mesti ada satu hari dalam setahun yang korang tak sebulu dengan mak, ye tak? Selain hari raya, hari ibu sesuai juga untuk korang minta ampun atas dosa yang menggunung tu. Bukan korang je, bukan korang je, chill la.

Jadi, kakak nak tazkirah sikit, boleh? Mana abang-abang yang ada isteri tu, hargailah isteri anda sebagaimana anda menghargai mak anda. Tak luak sesen pun duit dalam akaun bank kalau wish, "Sayang, Happy Mothers Day. Terima kasih kerana melahirkan anak-anak untuk abang. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya buat sayang dan menjadikan sayang manusia yang kaya raya. Nanti boleh payong abang nak angkat motor 1 biji."

Haaaa, gittew. Itu bukan ucapan suami kakak ye. Jangan ada yang salah faham pula. Dan yang penting jangan selfish dengan pasangan kalau nak bertahan lama macam mak bapa kita, kan?

Next next!

Hari Guru



Cikgu-cikgu ramai yang dapat hadiah hari tu ye. Seingat kakak, masa sekolah rendah dulu selalu bagi cikgu hadiah yang wangi-wangi macam bedak, bedak dan bedak. Sebab mak kakak jual Avon uolls. Hahahaha.

Masuk sekolah menengah kakak dah hilang ingatan dah. Tak ingat ada bagi ke tak. Kakak ingat masa tingkatan 3 kena berdiri luar kelas sebab kelas kecoh sangat masa tu, padahal kelas kakak depan pejabat je pun. Kemain masing-masing mengheret kakak yang good-good ni ke muka pintu. Nasib sekolah perempuan,kalau tak, jatuh saham tau! Cikgu itu akan kakak kenang kerana beliau cikgu yang 'rare'.

Tapi itu semua tak penting. Yang penting, semua guru-guru yang pernah mengajar kakak akan sentiasa diingati. Kita doakan guru-guru kita sentiasa dalam keadaan baik ye semua. Minta cikgu-cikgu semua halalkan ilmu yang telah dicurahkan pada kita.

Raya nanti nak tour rumah cikgu-cikgu lama la. Hihihi. Doakan berjaya!

Awal Ramadhan



Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tibaaaaa *ayuh nyanyi sama-sama*

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini dapat jumpa lagi sekali. Walaupun pada awalnya rasa macam tak ready. Kalau ada alat nak hentikan waktu, dah lama tekan butang pause sebab nak settlekan benda-benda yang tertangguh supaya dapat menghayati bulan Ramadhan dengan lebih tenang. Tapi itu semua hanya khayalan. Masa tetap bergerak tanpa menunggu kita.

Satu Ramadhan adalah hari cuti untuk negeri Melaka. Jujur cakap memang kakak melepet hari tu. Semua benda nak dikemas, menjelang petang dah tersadai depan TV. Ni dah hari ke-14, dah makin steady. Jadi, kakak berazam untuk meneruskan ibadah puasa ni selepas hari raya pada hari-hari yang disunatkan berpuasa. Semoga tercapai la cita-cita kakak ni. Aamiinn...

Setakat inilah coretan kakak.

Apa idea korang untuk next post kakak?

xoxo,
sheayang

Post a Comment