HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, November 3, 2016

Expecting #2

Bismillah.

Allah tu Maha Mendengar, kan?


REZEKI
Aku bersyukur sangat, bila disahkan mengandung buat kali ke-dua ni, rasa macam dunia ni indah je. Macam-macam rezeki yang datang. Walaupun baru masuk 17 minggu, aku tetap juga la nak share since first pregnancy dulu ala-ala malas nak menulis gittew. Time is tight now tapi pandai-pandai la curi. I don't mind tidur lewat sekarang as the baby pun suka berjaga especially bila Babah is not around. Protector sangat.

PENGALAMAN
The experience is totally different. Masa mengandungkan Maryam, mual-mual dan muntah teruk masa dah 3 4 bulan. But this time a bit earlier. First few weeks tu memang rasa tak sedap badan, plus mual jugak. Padahal masa tu baru 8++ weeks. Tapi Alhamdulillah, mual cepat hilang. Now dah 4 bulan, Ibu dah steady. 

MOOD & PERANGAI
Hahaha. Paling malas nak cerita. Bila time emo tu, kemain lagi emonya. Bila time hati girang gumbira ria, berbunga-bunga sampai terpancar di wajah yang kusam ini. Mood swing is normal bagi perempuan hamil. Bertabahlah. If can't control,hide yourself somewhere people can't see. Jadi tak timbul isu buat muka. Paling kesian bila kau kerja kat front desk/customer service. Haishhh. Nyorok la jap bawah meja kalau rasa nak marah tu ye.

KLINIK & CHECK UP
Cerita pasal check up di klinik, memang takde masalah. Cuma tuan punya badan je la yang bermasalah. Masa datang booking tu, Hb low. Sebulan selepas tu turun lagi 0.1. Consume ubat seperti yang diperintahkan cuma ada a few days skip sebab bila makan ubat je terasa duniaku berputar-putar. So, tukar pula tak ambil ubat time siang. Try ambil malam and I am getting better. Disebabkan Hb rendah sebulan selepas tu, nurse bagi 2 minggu untuk tengok balik Hb. Menapaklah lagi kita ke klinik. Kuikuikui.

Berat pun di tahap menyedihkan. Ada ke patut masa 12 weeks tu berat dari 47.4kg ke 45.7kg. Geram titew dengan baby ni tau! Nasib check up 15 weeks hari tu naik sikit to 46.1kg. Syukran syukran!

UBAT & SUPPLEMENT
Buat masa ni, masih gigih menelan ubat yang dibekalkan klinik. Ubat free kita makan je la. Toksah nak fikir apa, fikir baby dalam perut je. Masa Maryam, klinik bagi Acid Folic & Iron Tablet biasa tu je. Acid Folic je aku makan, Iron tu busuk kemain, baru bukak kotak dah loya takmau makan. Hihihi. Teruk na perangai. This time extreme sikit, Iberet 500.

Keluaran Abbott. Satu kotak 30 biji, cukup untuk sebulan!

Supplemen lain belum consume anything lagi. Tapi baru semalam dapat barang Shaklee. Apapun, dapatkan nasihat doktor dulu ye!

Oh, don't forget our makanan sunnah. Kurma belum start lagi cuma makan kismis je kadang-kadang. Beli timbang je, jangan susahkan diri hoccay! Habbatussauda in the list. Tak dan lagi nak pergi serang Mydin ni. Sabaq naaa...

HARAPAN
Harapan haruslah setinggi gunung untuk baby kekal sihat dan bertenaga macam Ibu! Semoga semuanya baik-baik saja okay! ;)

XOXO,
sheayang