HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, November 17, 2016

Check Up Kali Ke-4, 19 minggu

Bismillah.

Untuk setiap ibu mengandung, aku rasa masa nak pergi checkup tu la waktu paling excited walaupun kadang-kadang rasa malas nak datang lambat ke pejabat, rasa malas nak minta sign boss setiap kali keluar dan lain-lain masalah sampingan.

Sama la!

Tapi hari ni aku positif. Dah tiga hari rasa tak berapa bersemangat nak kerja, hari ni datang kerja dengan muka senyum. Temujanji dengan doktor pukul 10 pagi, jadi buat la kerja sikit dulu. Dalam pukul 9.30 pagi gerak dari pejabat dan ambil suami di tempat kerja dia pula.

Doktor & jururawat je faham :p
Alhamdulillah, hb naik dari 10.7 ke 11. Jadi, tiada lagi dakwat merah. Hihihi. Berat naik agak mengagumkan. dari 46.1 kg ke 49 kg. Kena pantau bulan depan tak boleh naik lebih dari 2 kg. :) 

Part EDD tu je faham. Yang lain, buat-buat faham.
Sebenarnya, masa check up ni la masa untuk tanya apa saja keraguan di hati. Jadi, akan menyenangkan kita dan kandungan pun dapat dikesan kalau ada masalah ke apa. Kadang-kadang segan juga nak tanya sebab rasa soalan tu remeh. Tapi, sebagai CLIENT, kita ada hak untuk tanya. 

Hari ni aku terlebih tanya sebab yang serve aku tu seorang Matron dan berumur sikit. Confirm banyak pengalaman boleh dikongsikan. Seronok borak sebab kita kita tanya satu soalan, dia akan terangkan dengan jelas. Lepas check up biasa, jumpa doktor pula untuk scan baby. :)

Waktu ni yang paling ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, dah nampak pembentukannya sikit-sikit. Klinik pakai 2D je. Kalau nak clear lagi, boleh pergi klinik swasta. Tapi rasa macam awal sangat, hold dulu sampai 20+ minggu nanti. 

Faktor risiko :'(
Kebarangkalian untuk bersalin di hospital daerah berdekatan rumah mungkin tak dapat sebab faktor risiko tu. Kena bersalin di hospital besar juga macam bayi pertama dulu. Walaupun nampak tak serius sangat, kena la follow the rules.

Kita tunggu lagi 3 bulan macam mana progress dia. Pujuk doktor sampai ke sudah la nanti. Hihihi.

Sekian.

XOXO,
sheayang

6 comments

November 18, 2016 at 9:40 AM

Saya tak pernah bersalin tapi tau melalui pengalaman isteri. Hospital tempat terbaik untuk brrsalin . Kalau ada komplikasi mereka tau apa nak buat lagi pun peralatan lengkap.

Selamat bersalin.

November 18, 2016 at 10:22 AM

@Adam Terima kasih En Adam. Semoga dipermudahkan urusan mendatang.

November 18, 2016 at 11:14 PM

Semoga selamat kandungan sampai hari bersalin nanti :)

November 19, 2016 at 8:28 AM

@Lya Amie Thank you dik. I will inshaAllah.

November 21, 2016 at 5:22 PM

Dear.. anak no 2 dah rupanya ye :)

Kita baru kenal dan baru nak tahu personal awak :D

Semoga baby dan awak sihat dan selamat hendaknya. Amin :)

Bestnya ada baby :)

November 22, 2016 at 9:10 AM

@Siqah HussinSempat lagi awk nak kejar. InshaAllah. Terima kasih atas doa tu. :)

Post a Comment