HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, June 20, 2016

Untuk Lelaki-Lelaki Hebat Dalam Hidup Aku

Bismillah.

Aku rindu Abah sebenarnya. Nak call and wish Hari Bapa semalam tak kesampaian. Takut sendu di hujung suara. Nak taip entry pun terketar-ketar menahan tangis. Hanya mampu baca entry 2 tahun lepas dengan hiba. Minggu sudah sempat juga berbuka bersama kat luar. Aku dah tak malu nak cium pipi Abah. Sebelum ni, time raya je la buat. Hihihi.

Kalau nak cerita bab kehebatan Abah, memang takkan ada titik noktah. Superhero kot!

Yang selalu orang quote-quote kata seorang anak perempuan akan dilayan ibarat puteri oleh bapanya tu sangat tepat. Mak dan kakak-kakak aku selalu cerita masa kecik Abah selalu buat air mandi untuk aku. Maklumlah dulu malas mandi pagi sebab air sejuk. Bila kena drop (sekarang : up) macam tu, of course la malu. Tapi itu kenangan yang aku boleh dan masih ingat. Maknanya, di mata Abah, aku istimewa. Like a princess, gittew! Hahaha.

Abah hantar aku pergi sekolah naik motor, masa sekolah menengah. Ada satu hari, aku lupa nak capai helmet. Patutlah aku rasa ringan semacam kepala aku dari Labu sampai ke Seremban. Masuk town dengan tak berhelmet, mujur takde polis pepagi buta tu. Dah sampai sekolah Abah tanya mana helmet dan aku geleng kepala, kata lupa. Berdekah kami gelak depan sekolah.

Berdekah tu nampak tipu sangat, ketawa mungkin lebih sopan. :p 

Masa akad nikah aku dulu, Abah bertindak sebagai Wali. Anak perempuan ketiga yang diwalikan dan penutup untuk dia. Aku tak tahu la dia nervous ke apa sampai tersasul-sasul nama aku. Aku dalam hati geram pun ada, nak ketawa pun ada. Spoil betul Abah ni. Lepas nikah tu masing-masing baik Abah baik Mak, terus hilang. Tak dan nak peluk cium sedih-sedih bagai. Bila belek gambar nikah, memang takde aku peluk cium diorang. Mesti diorang nyorok dalam bilik berdua sambil menangis. Kui kui kui. Sedih diorang anak bongsu perempuan dah nikah. Huhuhu.

Bila dah nikah ni, rasa bertuah la ada suami. Bila dah ada suami, terjadilah anak sekali. Maka, automatik suami aku dah jadi bapa. Babah kepada anak perempuan kami. Yang juga dilayan seperti puteri.

Bila tengok suami layan anak, aku teringat la kat Abah. Memang jenis cepat touching tak bertempat, kekdahnya! Sebab tu bila suami buat derk je kat anak, aku rasa nak suruh dia ketuk ketampi. Hihihi.

Mengikut cerita suami aku, pak mertua (Ayah) seorang yang garang, bekas askar la katakan. Aku memang jarang la borak dengan dia. Segan mungkin. Tapi Ayah ni ada sense of humour yang tinggi. Orang cakap muka garang tapi kelakor. Mana aku dapat info? Through my colleagues la. Ayah kerja satu tempat dengan aku. Hihihi.

Alhamdulillah, aku rasa sangat bersyukur dikurniakan lelaki yang hebat dalam hidup. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata betapa aku sayangkan mereka.

Doa aku untuk mereka semoga terus berbakti pada keluarga, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan rahmat ke atas mereka. Amiinn.

Abah, Babah, Ayah
XOXO,
sheayang