HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, June 15, 2016

Tips Mencegah Bau Mulut Di Bulan Ramadhan

Bismillah.

Hari ni dah masuk hari ke-10 kita puasa. Kejap je rasa, kan? Ada lagi 20 hari nak kena hadap. Chill-chill je okay. Siapa-siapa (perempuan) yang tak puasa tu, kalau nak makan, sorok-sorok la sikit. Jangan guna alasan uzur tu sebagai tiket nak membaham tanpa fikir sensitiviti orang sekeliling yang anda tahu mulut mereka bukan seperti mulut tempayan. Faham?

Di zaman Jahiliah aku dulu, ada la juga buat gitu. Tapi masa tu zaman tak moden lagi. Orang tak ambil gambar curi-curi. Masih ada adab di situ. Sekarang ni zaman moden tapi manusia dah hilang adab. Eh.

Cerita pasal mulut ni, bulan mulia ni kalau tak boleh elak nak bergosip, kurangkan la sikit. Sia-sia je pahala puasa tu menurun. Ni self-reminder juga ni. Bukan omong kosong, inshaAllah. Hehehe. ;)

Haaa.. Puasa kan? Bila puasa, mulut mesti ada sikit bau. Bau mulut yang Allah kata di syurga nanti ibarat bau kasturi bagi orang yang berpuasa. Tapi masa kat dunia ni pun kena jaga juga. Bukan apa, nak bagi orang selesa berkomunikasi dengan kita. Masa tak puasa pun patut amalkan juga. Kebersihan tu kan separuh dari Islam.


Kena banyak minum air putih. Bukan takat nak kekalkan hidrasi badan, untuk diet pun kena ambil 8 gelas air putih sehari. Jadi, yang berpuasa pun kena ikut maintain minum. Bila masa nak minum? Kat FB bersepah orang share bila masa sesuai nak minum. Kalau tak jumpa, nanti aku tepek satu kali kat blog ni. InshaAllah.

Jangan merokok. Yang ni tak perlu nak explain banyak. Kau bandingkan la sesama sendiri. Tapi jangan sampai ada yang pengsan, sudah. Batal puasa nanti. Kikiki.

Gosok gigi dan lidah. Ada orang gosok gigi sampai 5 kali sehari tapi lidah diabaikan. Apa masa kau makan tu terus telan ke? Lidah pun penting okay. Minimum 3 kali sehari, tapi selalunya bulan puasa aku buat dua kali je, bangun tidur dan sebelum tidur.

Kalau nak yakin lagi, beli ubat kumur. Sekarang ni macam-macam brand yang ada. Senang nak hapuskan bakteria dalam mulut ni. Kalau rajin, floss sekali gigi tu. InshaAllah bau dapat dikurangkan.

Elakkan makan makanan yang berbau macam petai dan jering. Itu bukan setakat mulut efek dia. Sampai ke kencing pun bau petai. Tapi kalau dah suka sangat makan, makan je la. Cuma mohon elakkan bercakap dengan orang je la lepas tu.

Ada lagi tak cara nak cegah bau mulut ketika puasa? Kalau nak tambah, boleh share kat komen.  Nanti boleh try.

Terima kasih. ;)

XOXO,
sheayang

2 comments

June 15, 2016 at 3:09 PM

saya lidah jarang gosok hu3

June 16, 2016 at 8:12 AM

Lepas ni tiap kali gosok gigi, wajib gosok lidah sekali okay! ;)

Post a Comment