HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, March 6, 2015

Pasangan kita cermin diri kita


Selalu ingatkan hubby. 

'Kalau nak tengok perangai saya, tengok perangai awak.'

Betul. Kadang-kadang perangai suami isteri sebelum kawen memang kontra. Tapi bila dah berkawen, salah seorang boleh bertukar. Kalau ke arah baik tu, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, mintak dijauhkan la. Tengok pada tahap dominannya seseorang itu dalam rumahtangga, dia boleh mengubah pasangannya menjadi dia.

Jadi, perangai tu elok-elok la ye.


Tak silap aku, pernah baca somewhere ada orang quote kata-kata seorang ustaz (tak ingat ustaz mana).

Kalau isteri buat perangai yang suami tak suka, jangan salahkan isteri bulat-bulat. Tengok diri kita (suami). Apa salah kita. Sebab tanggungjawab membimbing isteri tu di bahu suami.

Haaa... Gittewww... Lebih kurang macamtu la maknanya. Ayat tu aku main taram ikut sedap keyboard je. Hik3...

Yang si isteri pun jangan la nak buat mengada-ngada keluar segala hujah fatwa hadis semua nak hentam si suami. Suami tu bukan Nabi. Bukan maksum. Kena la terima seadanya sebagaimana korang terima mereka sebelum berkawen.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

1 comment

March 16, 2015 at 12:28 PM

betul tu...

Post a Comment