HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, September 13, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 5] - 3 Perkara Yang SheAyang Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih





Bismillah.

Mencabar tak topik ni? Meh gelak dulu. Kah kah kah

Sebab apa gelak? Sebab bila dah start taip, takut berjurai plak airmata. Mana la tau, terkenang peristiwa lama. :p


Angka 3 agak sinonim dengan aku. Aku ade 3 orang bekas kekasih dan aku rasa setiap orang layak dapat satu ucapan dari aku. Kih kih kih.

Bekas kekasih 1 - Saya rasa saya buat keputusan yang betul
Eh, bukan saya rasa. Memang saya dah buat keputusan yang betul. Minta clash dari awak sebab saya rasa awak takde masa depan. Kejam? Awak lagi kejam. Dua minggu lepas putus, awak couple dengan orang lain. Takde cita-cita nak ubah nasib sendiri? Lantak awak la. Khabarnya sekarang awak jadi beach boy kat Langkawi nun. Alhamdulillah. Ada juga kerja awak.





Bekas kekasih 2 - Terima kasih kerana menduakan kekasih awak
Bukan saya nak dumped awak. Cuma saya taknak melukai hati perempuan lain. Kalau awak berani menduakan dia, tak mustahil awak akan menduakan saya nanti. Bersyukur sebab tembelang awak pecah. Kalau tak, mungkin saya akan lebih terseksa bila dah betul-betul sayang kat awak. Khabarnya awak dah ada 2 orang anak dengan kekasih (baca:isteri) awak tu. Alhamdulillah. Semoga jodoh berkekalan.





Bekas kekasih 3 - Terima kasih kerana sudi...
Mengahwini saya. Terima kasih sebab sanggup mengharungi suka duka kehidupan dengan saya. Terima kasih kerana bagi saya peluang untuk jadi ibu pada anak atau anak-anak awak. Terima kasih sebab terima kekurangan saya. Saya sayang awak hingga akhir hayat saya. Terima kasih, suamiku. :)






Part yang last tu patutnya panjang lagi. Tapi cukup la tu. Yang lebih tu nanti aku luahkan secara bersemuka je la. Ahahaha...

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG