HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, September 13, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 3] - Sesuatu Yang Menguatkan SheAyang


Bismillah.

Topik hari ni adalah seperti di atas.

Dulunya bila aku rasa down, aku akan tidur. Atau borak dengan orang yang aku boleh percaya. Kononnya, percayakan mitos yang bila bangun tidur, semuanya akan kembali ke asal. Macam takde apa-apa yang berlaku. Padahal, hati masih tak tenteram. Huhuhu...

Eh, lari tajuk.

Tapi itu masa zaman remaja la. Bila dah berumahtangga ni, kalau aku ada masalah, mengadu kat Allah dulu. Minta dia jadikan aku lebih kuat. Itu fitrah manusia kot. Bila susah baru ingat Tuhan.

Sekadar hiasan. Mohon tidak terpengaruh :p

Mak, orang pertama yang aku akan cari untuk share problem. Tak dapat mak, aku cari kakak aku yang no 2. :p

Suami, tulang belakang aku. Tapi tak semua benda aku share dengan dia. Sebab taknak dia rasa terbeban. Dah la kerja, nak melayan perangai aku lagi. Tapi dia paling kuat bagi semangat.

Kawan baik - Mereka sering menjadi bahu untuk aku bersandar. Tanpa mereka, mungkin tak berapa ceria hidupku.

Dan yang terkini dan sensasi.

Anak - Sumber kekuatan aku yang utama sekarang. Kalau dah agak-agak takde orang nak layan aku, borak la dengan anak, walaupun dia tak faham dan tak respons apapun. Huhuhu...

Rasa bersyukur sangat sebab aku dikelilingi dengan aura-aura positif yang menjadikan aku kuat. Alhamdulillah.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG

3 comments

September 13, 2014 at 1:11 PM

All the best..

September 13, 2014 at 7:33 PM

anak adalah kekuatan ibu.

September 15, 2014 at 1:08 AM

YA, sangat setuju!

Post a Comment