HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

Tips Untuk Mendapatkan Kulit Sihat


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hari-hari bangun tidur apa yang anda buat dulu? Kalau Shea, tengok ada tak kedut-kedut baru muncul kat muka. Hihihi.Tapi serius la bila umur dah meningkat ni, segala benda kita cepat rasa nak risau. Uban keluar sehelai boleh buat mood swing. Kuku bengkok pun rasa nak nangis. Macam-macam,kan? 

Adat la. Nama pun perempuan.

Jadi, Shea nak kongsi la sikit ilmu kecantikan di blog yang tak seberapa ni. 

Tips pertama nak dapatkan kulit yang sihat cantik gebu, kena minum air yang cukup. Ini sangat asas tapi jangan la sampai korang ambil air cukup, esok terus kulit jadi anjal. Orang kampung Shea kata, nampak na membongak eh

Air yang cukup bersamaan 40ml darab dengan berat badan anda. Cuba la kali, dapat berapa. Lepas tu PM Shea. Hihihi. Rahsia kita je tau.

Tips kedua ialah elakkan stress. Stress ni sangat bahaya dan mengundang pelbagai penyakit. Sebab tu kita kena chill-chill je supaya pengedutan kulit tu takut-takut nak dekat dengan kita. Kalau hari-hari nak mengamuk sebab baca masalah orang lain kat KRT siap komen bagai tu, itu fasa makcik bawang Holland dah tu. Jauh perginya!

Tips yang ketiga pula belai la kulit korang selalu. Skincare routine jangan ditinggalkan. Kulit kan organ kita yang terbesar. Pakar kulit selalu pesan, kalau keluar rumah digalakkan pakai sublock. Sekarang ni sunblock pun dah ada macam-macam jenis dan banyak peringkat SPF. Pilih je mana yang korang berkenan.

Pernah dengar tak orang kampung sebelah cakap, what you eat is what your are ATAU you are what you eat. Pemakanan yang sihat sangat diperlukan untuk mengekalkan kulit yang sihat berseri bak bunga sakura. Ha, tetiba bunga sakura kan baru la fefeeling artis Korea sikit. 

Selamat mencuba!

XOXO,
sheayang

Monday, July 25, 2016

7 Makanan Perlu Elak Ketika Sakit

Bismillah.

Kita ni Allah dah bagi tubuh badan sihat, kena la pandai jaga, ye dak? Tapi kalau sesekali sakit tu, janganlah dibiarkan melarat pula.

Sekarang ni ramai orang sakit bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab makan macam-macam. Ye la, betul orang tua cakap 'masa sihat la boleh makan semua; esok dah sakit, semua tak boleh makan'. Tapi sejauh mana ni nak pegang pada kata-kata itu?

Selalu orang complain makan lauk kat hospital tak sedap. Dah tu kalau nak makan sedap, tak payah duduk hospital. Melantak je kat rumah sana. Dah sakit nanti jangan pergi hospital. Terus je cari tanah kubur, korek sendiri dan masuk dalam tu. Eh, emo pula saya.

 Dah, cukup!

Ramai yang tak tau masa kita sakit ada makanan yang kita tak boleh makan. Dah tu, jom la baca.



1) Kopi
Masa demam, kesan ketara dari kafien dalam kopi boleh menyebabkan kita sakit kepala, banyak berpeluh dan hilang keseimbangan. Bukan itu saja, malah dikatakan kopi mampu melemahkan sistem kekebalan tubuh lalu melambatkan proses penyembuhan. Dah tengok iklan Panadol yang baru? Dua-dua kalau boleh kita nak elak, kan? Sudahnya, rendam kaki dalam air suam + Epsom Salt je la. Moga-moga cepat baik.



2) Keju
Kalau anda diserang cirit birit dan rasa loya, keju adalah makanan yang patut dihindarkan. Ini kerana ianya sukar dihadam sekaligus menjadikan tubuh semakin lemah. Selain itu, ia bakal melambatkan proses melawan bakteria yang menjadi punca kepada jangkitan dan sakit perut. Tapi, kalau dah sihat, makan keju banyak pun takpe. Kalsium katanya.



3) Kacang
Ada bahan di dalam kacang tanah yang mampu meningkatkan suhu badan maka dengan itu ia adalah dilarang untuk dimakan ketika demam. Kacang lain boleh tak? Cuba tanya doktor anda.



4) Telur
Ketika kita menghidap sakit perut, elakkan pengambilan telur kerana enzim yang dihasilkan di dalam perut tidak mampu untuk mencerna protein di dalam telur itu. Keadaan akan bertambah teruk jika kita terus memakannya sama juga macam keju tadi.



5) Kobis dan brokoli
Ada juga sayur yang tak boleh dimakan masa sakit. Sayur ini boleh menyebabkan pertambahan gas di dalam perut dan mengakibatkan kemudaratan jika anda mengalami cirit birit. Jadi, hati-hati memilih sayur.



6) Daging
Kandungan lemak dalam daging akan melambatkan kemampuan tubuh untuk melawan kuman dan bakteria punca penyakit. Elakkan mengambilnya secara berlebihan tetapi gantikan dengan mengambil lebih sayur-sayuran.


7) Makanan ringan
Tiada zat di dalam makanan ringan yang diperlukan untuk tubuh sebaliknya kandungan lemak tepu di dalamnya bakal mengakibatkan badan sukar menghadamnya seterusnya menjadikan keadaan kesihatan kita semakin teruk.

Jadi para ibu perlu berjaga-jaga. Kita amat diperlukan untuk menjaga seluruh isi rumah. Jangan biarkan diri anda sakit dan jangan biarkan orang di sekeliling anda bertambah sakit.

XOXO,
sheayang

Friday, December 11, 2015

Tips Menangani Serangan Jantung

Bismillah.

This message is written by a cardiologist. So, I just copy and paste as reminder for me and information for you all to keep in mind. Always.

I've changed a few shortforms into full. Let's read.

Minta maaf. Untuk info penting yang melibatkan nyawa. Berilah 2 minit anda untuk membaca tips penting ini yang diterjemah dari text asal berkenaan dengan BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:-

1. Katakanlah kita bertolak balik ke rumah pada jam 7:25 mlm berseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.
2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.
3. Tiba-tiba anda merasa sakit yang amat sangat di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat ke klinik/hospital lebih kurang 5km dari rumah anda.
4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.
5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih untuk kegunaan ke atas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSAORANGAN.
Memandangkan kebanyakan mereka yang diserang serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nak pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.
7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dengan batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dengan menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.
8. Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dapat bernafas seperti sediakala. Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dalam jantung dan batuk mendalam membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung seperti sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.
9. Sebarkan seluas-luasnya tips ini. InshaAllah ia akan dapat membantu menyelamatkan nyawa.
10. Pakar jantung menyarankan setiap orang yang menerima tips ini , hantarkanlah kepada sekurang-kurangnya 10 orang, saya akan akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 1 nyawa.
11. Daripada menghantar bahan yang tak berfaedah adalah lebih baik menghantar tips yang akan dapat menyelamatkan nyawa ini.
12. Sekiranya tips ini sampai semula kepada kita....lebih dari sekali...jangan marah....sebab anda mempunyai ramai kawan yang prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana nak mengatasi SERANGAN JANTUNG.

Dari:
Dr. N Siva
(Senior Cardiologist)

p/s : Good job Dr. Siva. Semoga rakyat Malaysia hidup dengan lebih tenang tanpa terkena serangan jantung.

XOXO,
sheayang
 

Thursday, December 10, 2015

Tips Jaga Kesihatan Buah Pinggang

Bismillah.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dalam senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yang mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba-lumbalah syarikat-syarikat pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yang berkaitan untuk datang 'melabur' di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan. 

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......
Kenapa orang Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' untuk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan untuk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dapat jawapan untuk soalan ini.

Jawapan nya .......PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya .....pemakanan.....kita terlalu bebankan buah pinggang kita dengan makanan yang terlalu banyak sumber 'animal protein'. Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR dan IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yang sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan macam ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat-syarikat pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan' untuk pelaburan syarikat asing ini iaitu :-
1. Kawal kadar gula dalam darah mereka
2. Kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya .....

Secara ringkasnya :-
Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
1. Tukar beras putih kepada beras perang.
2. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan :
1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dalam badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney. Amalkan cara Nabi Muhammad minum air di waktu pagi.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yang majoriti orang anggap sebagai kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE. Beberapa pesakit saya berjaya kurangkan paras CREATININE mereka yang hampir 500 micromol kepada 150 micromol dengan hanya berbekam.

Untuk maklumat dan penerangan lanjut bagaimana untuk kawal paras gula dan bagaimana untuk elak diri dari jadi pesakit dialysis, whatsapp saya di 0123921976 (Dr Amin).

Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dengan share message ini mungkin ia akan sampai kepada teman anda yang ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama-sama kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan syarikat asing'.

Saya hanya share ye. Bukan saya yang doktor. Hehehe. Jangan ada yang salah anggap pula nanti. Semoga kita bersama ke arah warga Malaysia yang lebih sihat dan produktif. Sekian.

XOXO,
sheayang 

Friday, September 11, 2015

Minum Sambil Berdiri?

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحٍيمِ

 Mengapa Rasulallah saw menganjurkan umatnya untuk TIDAK MINUM sambil BERDIRI?

Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sebagai penyaring Sfringer. Saringan tersebut akan terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum tentu 100% steril untuk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana penapis tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang boleh meyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya. Cuma lumrah manusia ni degil. Perintah yang kecil tak mahu diikuti. Sama-samalah kita mengubah tabiat dengan mengikut sunnahnya.


TERAPI AIR PUTIH :

1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dapat membersihkn organ-organ dalaman.
2. Minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.

Sebarkan tips sehat ini sabagai nasihat yg bermanfaat.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

Friday, June 20, 2014

#76 : Tabiat selepas makan yang patut dielakkan

Bismillah.

Selepas terjebak dalam blog masak-masak, terjumpa plak dengan segala tips dan petua bagai. Jadi, haruslah baca dan praktikkan.

Yang ni gua nak share pasal perkara yang JANGAN kita buat selepas makan walaupun sebenarnya benda tu dah jadi tabiat dalam kehidupan harian kita. Ahakz.


Di samping itu, bolehlah kita ketawa secara berjemaah bila benda tu memang kena kat batang hidung sendiri.


 1. Jangan makan buah-buahan.
Kalau baca buku cara pemakanan Nabi pun ada highlight benda ni. Cuma kita ni jarang nak ikut. Nak juga ikut kata nutritionist dan dietitian Barat kannn. Makan buah lepas ambil makanan berat hanya akan menyebabkan kembung perut. Seeloknya ambil buah-buahan sejam sebelum makan atau kalau dah terbiasa dengan cara Barat, ambil satu atau dua jam selepas makan. :)


2. Jangan minum teh
Dalam daun teh itu sebenarnya ada kandungan asid yang tinggi. Jadi, ia akan menyebabkan kandungan protein makanan yang telah diambil sukar untuk dihadam. Elakkan terutama teh ais. Bunyi sedap, tapi memudaratkan.


3. Jangan minum ais
Yang ni dah selalu dengar tapi apa faktanya, tak ramai yang ambil tau. Minum minuman berais sebelum, semasa atau selepas makan hanya akan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Lemak-lemak akan berkumpul di dalam usus dan menyempitkan banyak saluran sehingga akan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung. 


4. Jangan merokok
Ini gua rasa dah jadi tabiat kepada semua perokok. Lepas makan, mesti nak rasa sepam dua asap kepul-kepul kan? Hisap sebatang rokok selepas makan kesannya ibarat menghisap 10 batang rokok. Risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Jadi, berhentilah merokok!


5. Jangan banyak berjalan
Terlalu banyak berjalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang baru diambil. Jadi, chill je la lepas makan!


6. Jangan melonggarkan tali pinggang
Bunyi macam kelakar, kan? Sebab apa tak boleh buat? Sebab, bila tali pinggang dilonggarkan selepas makan secara tiba-tiba, boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat. Dengan itu, ada baiknya longgarkan tali pinggang sebelum makan. Perut pun akan rasa selesa dan tak terseksa.


7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah ke sekitar perut akan berkurangan. Selain melemahkan sistem pencernaan, inilah dia sebabnya perut menjadi buncit! :p


8. Jangan terus tidur
Perkara ini gua selalu kena ingatkan pada diri sendiri. Baring atau tidur akan beri kesan yang sama. Selain menyebabkan kenaikan berat badan, ia juga boleh mengundang gastrik kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Haaa... Dah cukup 8 JANGAN ni kalau buat juga, tak tau la nak cakap apa. Memang degil betul, kan?

#selfreminder
#tipskesihatan

Sumber : TryMasak
Sumber gambar : Google

XOXO,
sheAYANG