HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

Tips Untuk Mendapatkan Kulit Sihat


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hari-hari bangun tidur apa yang anda buat dulu? Kalau Shea, tengok ada tak kedut-kedut baru muncul kat muka. Hihihi.Tapi serius la bila umur dah meningkat ni, segala benda kita cepat rasa nak risau. Uban keluar sehelai boleh buat mood swing. Kuku bengkok pun rasa nak nangis. Macam-macam,kan? 

Adat la. Nama pun perempuan.

Jadi, Shea nak kongsi la sikit ilmu kecantikan di blog yang tak seberapa ni. 

Tips pertama nak dapatkan kulit yang sihat cantik gebu, kena minum air yang cukup. Ini sangat asas tapi jangan la sampai korang ambil air cukup, esok terus kulit jadi anjal. Orang kampung Shea kata, nampak na membongak eh

Air yang cukup bersamaan 40ml darab dengan berat badan anda. Cuba la kali, dapat berapa. Lepas tu PM Shea. Hihihi. Rahsia kita je tau.

Tips kedua ialah elakkan stress. Stress ni sangat bahaya dan mengundang pelbagai penyakit. Sebab tu kita kena chill-chill je supaya pengedutan kulit tu takut-takut nak dekat dengan kita. Kalau hari-hari nak mengamuk sebab baca masalah orang lain kat KRT siap komen bagai tu, itu fasa makcik bawang Holland dah tu. Jauh perginya!

Tips yang ketiga pula belai la kulit korang selalu. Skincare routine jangan ditinggalkan. Kulit kan organ kita yang terbesar. Pakar kulit selalu pesan, kalau keluar rumah digalakkan pakai sublock. Sekarang ni sunblock pun dah ada macam-macam jenis dan banyak peringkat SPF. Pilih je mana yang korang berkenan.

Pernah dengar tak orang kampung sebelah cakap, what you eat is what your are ATAU you are what you eat. Pemakanan yang sihat sangat diperlukan untuk mengekalkan kulit yang sihat berseri bak bunga sakura. Ha, tetiba bunga sakura kan baru la fefeeling artis Korea sikit. 

Selamat mencuba!

XOXO,
sheayang

Friday, September 11, 2015

Minum Sambil Berdiri?

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحٍيمِ

 Mengapa Rasulallah saw menganjurkan umatnya untuk TIDAK MINUM sambil BERDIRI?

Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sebagai penyaring Sfringer. Saringan tersebut akan terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum tentu 100% steril untuk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana penapis tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang boleh meyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya. Cuma lumrah manusia ni degil. Perintah yang kecil tak mahu diikuti. Sama-samalah kita mengubah tabiat dengan mengikut sunnahnya.


TERAPI AIR PUTIH :

1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dapat membersihkn organ-organ dalaman.
2. Minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.

Sebarkan tips sehat ini sabagai nasihat yg bermanfaat.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

Saturday, May 31, 2014

#71 : 10 Tips Detoksifikasi


Hi...!

Meh nak kongsi sikit tips hari ni.

Macamana nak melakukan detoksifikasi pada badan kita. Dalam ayat mudahnya, macamana nak buang toksin kat badan kita ni ha.

Tahukah anda, toksin yang terlampau banyak akan menjadikan anda seorang yang pemalas? Cheeewahh... Ni gua saja kasi bakar line. Ahakz. Auta bukan fakta.

Sumber : Google

Cara 1 : Mandi dan berwangi-wangi
Mandi adalah cara yang paling mudah untuk buang toksin dalam badan. Basuh rambut, cuci daki yang melekat pada badan juga dapat membuatkan kita menjadi segar. Jadi, lebih kerap anda mandi, lebih banyak toksin yang anda buang. :)

Cara 2 : Pengambilan vitamin C
Vitamin C memainkan peranan penting untuk attacking free radicals dalam badan. Jadi, banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti brokoli, betik, kiwi dan strawberi.

Cara 3 : Air! Air! Air!
Seperti yang kita sedia maklum, ini adalah cara yang paling mudah, murah dan efektif untuk membuang toksin yang bersarang dalam badan. Kalau kita tak cukup minum air dalam 8-10 gelas sehari, makanya toksin tidak dapat di-flush out dengan jayanya!

Cara 4 : Go green
Tolong elakkan pengambilan kafein. Go for green tea instead. Green tea adalah antioksidan yang sangat power yang akan bantu menyahkan toksin dari tubuh. That's why bila kita pergi massage/refleksologi, they will serve us with green tea or plain tea.

Cara 5 : Berpeluh-lah!
This is one of the best ways. Jangan bagi alasan yang anda tiada masa untuk bersenam sebab yang anda nak jaga tu adalah badan anda sendiri. Kalau rasa malas sangat nak berpeluh, go for sauna. Go go go!

Cara 6 : Real food
Tidak cukup sekadar bersenam kalau anda masih mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Ambil lebih banyak sayur-sayuran organik serta buah-buahan untuk menggantikan jajan anda!

Cara 7 : Meditasi
Menjadi terlalu stress akan mengakibatkan toksin membiak dalam badan. Cuba relaks-kan minda anda kerana ia mampu membunuh toksin yang tidak sihat itu dari tubuh badan. Chillax!

Cara 8 : Air dan lemon
Kombinasi yang baik untuk setiap pagi. Selain kaya dengan Vitamin C, it also increases the rate of urination, speeding up the process of flushing toxins out of the body.

Cara 9 : Kemaslah rumah anda
Detoks bukan saja mengenai diet semata, it’s about your home too. Sesetengah bahan dalam cleaning products and materials adalah sangat bertoksin dan boleh menjejaskan sistem badan. Gantikan ia dengan bahan yang lebih mesra alam seperti cuka dan air.

Cara 10 : Bersihkan badan dengan garam bukit
Favourite way to detox and relax. Berendamlah di dalam kolam yang dicampur dengan garam bukit dalam 20-30 minit. You will feel the different!

Happy trying!

XOXO,
sheAYANG

Sunday, September 29, 2013

#30: Skrub Kopi


Bismillah.

Semoga entry ini bermanfaat.

Sebagai first timer bride-to-be, gua rasa semua orang akan rasa serabut, gelabah, huru-hara dan bermacam-macam lagi. Kalau orang lelaki serabut fikir pasal duit hantaran, kita yang perempuan ni MESTI serabut pasal hal diri sendiri.

Siapa yang tak nak nampak gorgeous pada hari bahagia kannnn?

Gua hantu kopi. Bukan hantu, maksud gua, gua suka minum kopi. Suka gilaaaa... Tapi gua tau habit tu tak bagus sebab gigi gua dah nampak kuning. Dah la jenis tak larat nak jumpa dentist. Pasal kafien berbahaya tu gua takde hal sangat, bukan gua hisap ganja ke morfin ke, ye dak? 

Jadi sekarang gua minum kopi secara berkala. Buat masa ni la. Hehehe. Dipendekkan cerita, disebabkan gua terlebih rajin minggu lepas, gua pergi la blender hampas kopi untuk dibuat skrub badan. Tiada pembaziran kannnn....


Bahan nak buat skrub kopi :
- Serbuk kopi / Biji kopi / Hampas kopi (Segenggam)
- Minyak zaitun / Madu (3 sudu besar)

Gua guna hampas kopi. Suka hati korang la kalau nak bereksperimen, gua okay je. Kalau rasa-rasa kaya tu, boleh guna serbuk atau biji kopi. Tapi biji kopi tu kena la kisar kasi hancur dulu. Hampas kopi yang gua guna tu agak kasar juga, jadi gua pilih untuk blend.

Cara menggunakan :
- Campurkan skrub kopi dengan minyak zaitun / madu
- Bersihkan badan dengan tuala lembab
- Lulur skrub ke seluruh badan dan biarkan dalam 10-20 minit
- Mandi dan sabun badan seperti biasa

Orang Malaysia ni memang manja. Jadi, gua kena la guide. Gua pilih campur kopi dengan minyak zaitun since kat rumah takde madu masa tu. Kalau nak tambah minyak lain pun boleh juga asalkan bukan minyak masak, minyak angin atau minyak petrol. Minyak petrol dah mahal kotttt...

Dalam erti kata lain, boleh guna massage oil / aromatherapy oil. Cara nak sental tu tak perlu nak ajar kot. Cuma elakkan menyental terlalu bersungguh-sungguh pada bahagian payudara. Gua sampai menangis nak tidur akibat sentalan berkenaan. Lesson learned la. Bahagian alat sulit tu gua rasa tak payah pakai scrub sebab itu kan sensitive area. Lagipun, apa guna ada hygiene wash?

Bahagian yang kena fokus adalah siku dan lutut, bahagian tengkuk jangan dilupakan.

Untuk hasil yang mengagumkan, sila amalkan petua ini 2 kali seminggu. *rasa macam buat iklan dah*

Gua bab nak kongsi info ni memang fail sikit sebab tu gua tak dapat jadi cikgu.

Tapi gua rasa semua orang tau khasiat kopi ni kan?

Kalau tak tau mohon google ye. Hehehe. Sorryyyyyyy.....

Sekian,
sheAYANG