HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, April 9, 2018

Nasihat Untuk Bakal-Bakal Ibu


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Harap dalam keadaan baik hendaknya. Alhamdulillah last week dah selamat buat majlis aqiqah untuk Ilham Mizwar Rizqy tanpa kehadiran keluarga tercinta. Sob sob. Agak sedih juga tapi orang tua kata barang yang lepas jangan dikenang. Hihihi. Chill je okay.

Cerita pasal Majlis Aqiqah tu later la, kalau rajin nak update. Since tak ada gambar yang elok pun diambil semasa majlis, kita let go dulu la ye.

Tahun ni, beberapa orang teman yang teah menjadi ibu buat pertama kali dan juga teman-teman yang bakal menempuh saat itu.

Sebagai seorang teman yang 'been there, done that', ada la nasihat sikit nak kongsi. Nak baca, bacalah, tak nak baca, jangan kecam pula. Tapi bila dah baca dan tetap nak kecam, silakan. Akak terima dengan hati terbuka, diknon! Hihihi.



Dimulakan dengan :

1. Semasa dan selepas mengandung, ramai orang akan kongsi pendapat dengan anda. Macam apa yang aku buat sekarang ni la, bagi nasihat. Kadang-kadang rasa macam annoying juga, kan (akak faham) nak-nak pula part yang kita macam malas nak ambil kisah sangat tapi dengar je la. 

2. Jangan serius sangat. Bila orang dah bagi nasihat, don't take every advice so serious. Banyak nasihat yang korang kena dengar dan tak kan satu persatu korang nak ambil pusing. Pening kepala pula nanti. Angguk, senyum dan move on je la.

3. Nesting period. Part ni aku paling suka sebab waktu bersalin dah dekat dan kita pun dah siap sedia. Berkemas sakan rumah masa ni sebab lepas bersalin, dah tak boleh buat kerja berat lagi, kan. Kita dah atur baik punya dan boleh beranak dengan tenang. Teringat masa bersalin Mizwar, tiba-tiba terkenang baju kerja suami belum basuh lagi. Chait! Potong stim nak beranak.

4. Feeling insecure. Bila orang datang nak melawat baby, kita akan rasa lain bilamana mereka start pegang anak kita. Pass our baby from hand to hand while we are there watching them. It's normal. Kita nak set the rules pun kadang-kadang rasa macam tak proper cuma kalau kita rasa perlukan ruang, ask them not to visit during confinement period. Senang, kan?

5. Kita akan rasa anak kita yang paling cute. Walaupun orang pandang anak kita biasa-biasa je, tapi kita tetap rasa anak kita paling comel, sebab anak kita, kan. Peduli la orang lain nak cakap apa. Tapi jangan sampai keji anak orang lain ye.

6. Memandikan anak di sinki lebih mudah. Kita tak perlu nak mencangkung terlalu lama atau duduk dalam posisi yang ke bawah sangat. 

7. Setkan rutin harian seeloknya sejak bayi dalam kandungan lagi. Rakan sekerja ingatkan aku untuk guna cara ni masa mengandung kali kedua, tapi selalu lupa sebab kepenatan. Seeloknya ajar bayi tentang rutin mereka sebab masa mereka masih kecil ni la lebih senang nak diajar.

8. Perkembangan setiap bayi berbeza. Jadi, jangan rasa lemah atau kecewa bila bayi anda tak mencapai milestones itu. Milestones tu jangkaan je. Our babies are special so treat them well, give them support and let them enjoy. Pasti ada kelebihan di sebalik kelemahan, kan?

9. Sikit-sikit nak jumpa doktor. Ini memang sindrom first time mom, so please take note. It happens because we have no experiences handling baby before, so it is normal to worry. Jadi, jangan malu untuk bertanya pada yang lebih berpengalaman seperti mak, kakak atau jiran kita. 

10. Hobi membeli barangan anak akan muncul. Dari baju hingga ke barang mainan, kita sanggup scroll dari IG ke IG lain, dari satu kedai ke kedai lain, dari satu mall ke mall lain. Biasanya, anak pertama akan dapat kelebihan 2 in 1, first hand products AND branded one! Agree? Bila dah jadi ibu, kena la bijak dalam berbelanja, okay?

Kalau korang rasa nasihat kakak tak lengkap, kasi komen sikit. Kita touch up later. Hihihi.

Sekian.

p/s : Gila lama entri ni terperuk, so I think today is the day. Ampun korang!

XOXO,
sheayang

2 comments:

  1. emmmm new knowledge untuk org bujang cm kite ni hehe
    follo sini #104

    ReplyDelete