HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, March 29, 2018

Ilham Mizwar Rizqy Turns 1

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

How's your day? Hope everything goes well. Okay. I force myself to write this entry by the way because today is a very special day. 

It's my son's birthday.

Alhamdulillah, he's doing fine and growing up well. Syukran Ya Allah.


Dalam tempoh setahun ni, macam-macam perangai dah dia buat. Semalam, dia baru cuba-cuba nak melangkah. Baru setapak, dah mengalah. Tapi dia cepat bangkit, belum mahu menyerah. Dan Ibu harap kamu akan kekal gagah.

  

Setiap ibubapa ada harapan setinggi gunung untuk anak-anaknya lebih-lebih lagi anak lelaki. Mustahil untuk ibu harapkan yang terbaik dari kamu sedangkan Ibu sendiri banyak khilafnya dalam membesarkan kamu tapi Ibu mohon kalau Ibu ada buat salah sepanjang membesarkan kamu nanti, tegurlah Ibu. Jadilah seorang lelaki yang budiman. Jaga akhlak, hiasi peribadi. Okay?

Ilham Mizwar Rizqy, namamu dipilih oleh Babah. 

Katanya, Mizwar di tempat kerja seorang engineer. Miszua di sebelah Labu seorang doktor. Jadi, Ibu tidak bantahan untuk nama itu. Bukanlah Ibu nak kamu jadi doktor/jurutera, cumanya nama itu terserlah nama yang baik jadinya. Baik untuk kamu juga nanti, nak, inshaAllah. Rizqy pula diberi kerana dengan kehadiran kamu umpama membuka peluang-peluang rezeki untuk Ibu Babah. Kita ada  sebuah rumah untuk berteduh, kita ada lebihan duit tabungan, orang sedekahkan macam-macam untuk kamu. Tak sarat sangat kepala otak Ibu ni nak memikirkan persiapan untuk menyambut kehadiran kamu.

Ilham membawa maksud sumber, inspirasi. Bilamana kakak kamu seorang Ilhamina, maka kamu adalah Ilham kami. As simple as that. ;)

Anak,

Always remember that my love for you has no border. There are always empty spaces in my heart for my precious. My du'as always be with you. Be good and be nice to others and do not hurt others feeling. Take care of yourself and your siblings. Pray for Ibu Babah always and obey to our creator, Allah swt.

Ibu taknak cerita banyak kat sini sebab nanti meleleh pula air mata yang mahal ni. Muahaha. Ibu balik nanti kita story okay. Walaupun Ibu tau kamu tak respon atau tak kisah apa Ibu cakap, yang penting Ibu dah luahkan pada kamu. Hihihi.


And.


Ibu kopipes sikit-sikit. Hahaha.

xoxo,
Ibu

Post a Comment