HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 1, 2021

Hello December

Hello.

Disember bulan yang dinanti-nanti setiap tahun.
Bulan istimewa, bulan hari jadi.
Bulan set up azam untuk tahun baru.
Bulan yang ramai staff nak habiskan cuti tahunan.
Bulan yang banyak sale sana sini.

Semakin meningkat umur, semakin banyak perkara yang kita fikirkan.
Nak kata matang tu tidak, lebih kepada memikirkan masa depan.
Harapnya yang baik-baik sahaja untuk bulan ini dan berikutnya.

Bye November,
Hello December.

Love,
sheayang


Friday, October 22, 2021

Prank Buat Mak Kami


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Dah boleh merentas negeri ni, memang berpusu-pusu orang pergi melancong. Eh, tak la. Lagi ramai yang berkejar balik kampung, rasanya.

Seperti kami adik-beradik juga.

Kakak aku yang sulung di Kuantan, aku pula di Melaka. Lagi 2 orang memang di Negeri Sembilan. Memang kalau nak berbincang, melalui Whatsapp je mampu.

Alkisahnya, nak buat kejutan untuk Mak aku sempena hari ulangtahun kelahirannya. Macam-macam idea yang keluar tapi pasti satu je terpilih. Aku plan untuk follow saja. Hihihi.

Monday, October 4, 2021

Jom Kurus Dengan KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sihat ke?

Bulan lepas berkali-kali suami tegur. Hati sedih, hati pedih, mengenangkan nasib diri. Hihihi. Dia cakap aku gemuk. Terus aku belek tang mana yang gemuk. Orang lain dok cakap aku makin kurus.

Akhirnya aku tersedar dari lamunan. Ye, berat aku naik sedikit lebih dari kebiasaan. Bentuk tubuh pun berubah sikit dek kerana pengumpalan lemak sepanjang PKP PKPB PKPP dan PPN ni kan.



Asbab itu, ada yang minta aku mencuba kopi kaya khasiat dan rendah kalori ni. Aku pun apa lagi, tanpa banyak soal, setuju je.

KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ ni merupakan supplemen pelangsingan badan, menggunakan 100% bahan semulajadi yang halal.

Kopi ini juga sesuai untuk vegan malah bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti pengawet, gluten, hormon, antibiotik, GMO dan bahan kimia.


Tambah menarik, produk ini juga pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.

Siapa yang sesuai untuk mengamalkannya?

  • Mempunyai selera makan yang kuat.
  • Mengalami pertambahan berat badan setiap bulan.
  • Mempunyai lemak berlebihan di bahagian leher, lengan tangan, perut dan peha kaki.
  • Badan cepat letih dan lesu. Kurang atau tidak bersenam.
  • Tidak mengamalkan cara pemakanan sihat.
  • Kuat berdengkur.

Apa bahan yang terkandung di dalam Kitsui Coffee XSlim Shapez ini?

  • Korean Ginseng
Digunakan untuk menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan terutama pada orang yang mengalami masalah kekurangan tenaga. Ia juga mampu meningkatkan fokus mental anda.

  • Green Coffee Bean
Sangat tinggi dengan antioksidan sekaligus membantu meningkatkan tenaga seluruh badan dan menyokong kesihatan otak. Selain itu, ia dapat membantu menjaga berat badan yang sihat bersamaan dengan diet dan senaman yang betul.

Serbuk ekstrak biji kopi ini diperbuat dari biji kopi mentah yang ditanam secara semulajadi dan kemudian menggunakan suhu yang rendah diekstrak tanpa alkohol.

  • L-Carnitine
Berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan anda supaya mampu membakar kalori dengan banyak. Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan lemak yang disimpan di dalam tubuh dan juga lemak di perut.

  • Hoodia
Merupakan ekstrak tumbuhan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan selera makan.

KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ ini menggunakan formulasi terbaru dari Korea dan diperbuat dari bahan-bahan halal dan semulajadi seperti ramuan yang hebat iaitu Korean Ginseng.

Nak tahu?

Dalam 1 sachet mengandungi hanya 29 kalori sahaja, gais! No wonder la ia boleh bantu mengecilkan double chin, lengan dan peha anda nanti.

Anda semua tahu tentang Sibutramine?

Kalau nak tahu, ianya adalah bahan larangan dari KKM dalam ubat kurus.


Berdasarkan data dari pada kajian Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study, penggunaan Sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. KKM memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat Sibutramine. link

Alhamdulillah, Kitsui Coffee tidak mengandungi bahan larangan dan tiada kandungan Sibutramine selepas ujian makmal dilakukan.







Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan stok kopi kurus anda sekarang!


Kitsui, cantik semulajadi.

xoxo,
sheayang


Tuesday, August 31, 2021

Wrap Up - Ogos 2021


Bismillah. 

Assalamualaikum & Hai semua.

Harapnya kita semua dalam keadaan yang baik.

Lama dah tak menulis ni rasa sedikit kekok walaupun selalu merapu di media sosial yang lain. Hihihi.


Kredit : 1001ucapan.com

1. Sebagai warga Malaysia, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 buat semua walaupun cuma berbaki beberapa minit menuju ke bulan September. Di waktu pandemik melanda ni, banyak masalah yang kita dan negara sedang hadapi. Apa apapun, semoga kita sentiasa teguh sebagai bangsa Malaysia yang bersatu. 

Apa yang kamu banggakan bila bercakap tentang Malaysia? Sila kongsi.


2. Hari ni juga hari ulangtahun perkahwinan Mak & Abah yang ke-42. Alhamdulillah, sebagaimana teguhnya Malaysia, begitulah teguhnya cinta antara mereka. Ewah! Anak-anak sentiasa mendoakan kebahagiaan Mak & Abah hingga ke syurga. Tak ada kejutan dah 2 tahun dah ni. Hanya cheese tart dan chocolate bouquet pengganti diri anak-anakmu yang berada jauh ni. Yang dekat tu confirm dah bagi macam-macam. Hihihi.


3. Masih dalam tempoh kuarantin berbaki 4 hari lagi. Rasa tak kuat nak terperap di rumah tapi demi rasa tanggungjawab pada negara, ku pertaruhkan jua. Cerita pasal kuarantin ni lain kali je la. Tambah pula, bukan penting pun.

4. Walaupun dah berbulan duduk di rumah, masih belum mampu untuk menguruskan pdPr anak seorang diri. Walaupun yang bersekolah baru seorang. Ada saja kerja yang terlupa nak hantar, borang kehadiran yang tak ingat nak isi. Memang ke laut dalam kadang-kadang. 

Rasanya cukup untuk Wrap Up bulan Ogos ni. Semoga bulan depan akan lebih baik.

Kamu pula bagaimana?

xoxo, 
sheayang